Beratus-ratus sekolah telah diarah tutup serta merta di Kashmir pada Rabu (hari ini) selepas keganasan meletus antara pasukan keselamatan India dan Pakistan di wilayah Jammu Kashmir yang dipertikaikan menyebabkan 14 orang awam terbunuh.
Pihak berkuasa di sebelah kawasan yang diduduki India berkata, hampir 300 buah sekolah telah diarah tutup berikutan kematian lapan orang awam dalam serangan mortar di sepanjang sempadan.
Polis berkata 21 orang telah ditangkap dan 20 lain yang ditahan untuk disoal siasat berkaitan dengan pembakaran sekolah, terutamanya di selatan Kashmir.
“Seramai 21 orang telah ditangkap dan ditahan kerana disyakki membakar sekolah……20 orang yang lain telah ditahan dan disoal siasat, “kata Timbalan Ketua Polis Negara (DIG) South Kashmir Range, Nitish Kumar memberitahu media.
Beliau berkata, lebih ramai telah ditahan dari daerah Kulgam pada minggu lepas, termasuk dari daerah Anantnag dan Shopian daerah.
Kebanyakan sekolah-sekolah telah dibakar di selatan merupakan pusat pergolakan yang sedang berlaku.
Ia dicetuskan oleh kemarahan kerana pembunuhan komander Hizbul Mujahideen Burhan Wani, berusia 21 tahun, pada 8 Julai lalu.
Lapan orang awam, termasuk dua kanak-kanak terbunuh pada Selasa apabila peluru mortar melanda dua lokasi di sektor Samba dan Rajouri.
Pada hari Isnin, pihak berkuasa Pakistan berkata enam orang awam, termasuk seorang kanak-kanak berumur 18 bulan, telah terbunuh di sebelah sempadan kerana di tembak oleh pasukan keselamatan India yang beroperasi di Jammu.
Islamabad memanggil salah seorang diplomat kanan India untuk membantah pembunuhan tersebut.
Tembak mnembak kerap berlaku antara tentera India dan Pakistan di seluruh sempadan kawalan .
Kedua-dua negara menuduh antara satu sama lain melanggar gencatan senjata 2003 dan terlibat dalam “tembakan provokasi”.
Hubungan antara kedua-dua negara telah menurun secara drastik sejak beberapa bulan lalu selepas serangan ke atas pangkalan tentera, yang paling dahsyat dalam lebih daripada satu dekad.
Kashmir telah dibahagikan antara India dan Pakistan sejak akhir pemerintahan British pada tahun 1947. Kedua-dua menuntut wilayah yang sepenuhnya.
Beberapa kumpulan pemberontak telah berjuang selama beberapa dekad, menuntut kemerdekaan bagi rantau ini atau penggabungan dengan Pakistan.
Dianggarkan kira-kira 500,000 askar India dikerahkan di wilayah Himalaya itu.