Komuniti Kereta Motor Diajak Bersatu Hati Menangani Gejala Sosial

1028

KUALA TERENGGANU – Selepas kejayaan PAS menangani ‘gejala rempit’ pada malam ambangmerdeka lalu, Pemuda PAS dibawah Jabatan Kebudayaan, Seni dan Sukan mengorak langkah positif menghimpunkan anak-anak muda yang mempunyai minat dalam kereta motor.
ADC1Kebersamaan 38 buah kelab-kelab kereta motor yang bergabung dibawah Kelab Pemanduan Alternatif (Alternative Driving Club –ADC) diharap dapat melaksanakan kebaikan dan menangani gejala sosial di negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manir Ustaz Hilmi Harun berkata, pertemuan pada hari Jumaat 4 September itu, bukanlah acara pertama dan terakhir.

“kami dari ADC mengucapkan jutaan terima kasih kerana sambutan yang diluar dugaan di petang ini, mudah-mudahan acara ini buka yang pertama dan terakhir,

“mudah-mudahan himpunan ini kita akan usahakan untuk kebaikan demi untuk kita menyatakan kebersamaan kita dalam menangani gejala sosial (dan) isu-isu yang ada dalam negeri kita,”ujarnya.

ADC1Beliau berkata demikian ketika berucap dihadapan lebih lebih 300 orang hadirin pada himpunan pertama ADC di perkarangan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.

Beliau berdoa semoga penyertaan seluruh komuniti kereta motor dalam ADC akan diberi ganjaran oleh Allah dalam perkongsian hobi serta minat masing-masing.

“kita gunakan untuk mengisi masa lapang dan mencari reda Allah (sebagai) tujuan kita menubuhkan ADC ini (dalam) kita menjalinkan dan merapatkan persaudaraan sesama kita,

“agar kita dapat bersatu hati menjaga menjaga batasan Allah dan Sunnah Rasulullah SAW,”jelasnya.

Menurutnya, ADC akan menganjurkan acara-acara susulan dan berharap semua yang hadir akan menyertai program-program yang akan diadakan nanti.

https://youtu.be/PVhRjBTwgBM