#KL112 – Ketua Polis Negara Setuju Berbincang

1855
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita12/112.jpg

Demikian menurut satu ‘memo’ yang diedarkan ke kawasan-kawasan oleh Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu pada Selasa, 24 Safar 1434 bersamaan 7 Januari 2013.

Sehubungan itu, DUN Chukai, kawasan Dewan Undangan Negeri yang dianggap paling hampir dengan Kuala Lumpur telah memutuskan menghantar sekurang-kurangnya 1, 500 orang peserta ke perhimpunan tersebut.

Menurut Pengarah Majlis Tindakan DUN Chukai, Haji Hanafiah Mat, kerahan dibuat melalui surat elektronik (e-mel), laman sosial face book, dan sistem pesanan ringkas (SMS).

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita12/112chukai.jpg“(DUN) Chukai bersetuju menghantar sekurang-kurangna 1, 500 orang peserta meliputi Pemuda, Muslimat, Ameerah dan cawangan-cawangan (dan) kerahan (dibuat) melalui E-mel, FB, SMS (dan edaran) surat arahan daripada (Mursyidul Am PAS) Tok Guru Nik Aziz,”ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas membincangkan perkara tersebut pada Ahad malam 6 Januari. [Gambar Bawah]

Beliau berkata, pihak MTD Chukai menyediakan perkhidmatan dua buah bas sebagai pengangktan percuma, selain para peserta akan pergi degan menaiki kereta, van persendirian, serta penyertaan konvoi bermotosikal Alternative Riding Club (ARC) sebanyak 40 buah.

Sementara itu, lewat minggu lalu, Kelab Kakitangan Badan Perhubungan PAS Terengganu (KEBAP) telah mempromosi #KL112 dengan memperagakan ‘T-Shirt’ berwana kuning-hitam bertulis ‘Himpunan Kebangkitan 1 juta Rakyat’, sebagai pembakar semangat kepada peserta yang akan ‘turun’ menyertai Himpunan tersebut. [Gambar Atas]

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita12/112%20bukit%20aman.jpgPada 20 Disember lalu, Timbalan Presiden PAS Haji Mohamad Sabu menyatakan himpunan besar-besaran yang digelar Himpunan Kebangkitan Rakyat diadakan untuk memberi tekanan kepada kerajaan menjelang pilihan raya umum ke 13 bagi menyelesaikan pelbagai isu tertangguh.

Katanya, Jawatankuasa Himpunan Kebangkitan Rakyat yang dianggotai oleh parti pembangkang dan pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) akan bersama-sama menghimpunkan rakyat dari seluruh negara untuk membanjiri ibukota.

Dalam satu edaran semalam, Isnin 7 Januari, seluruh media cetak dan elektronik dijemput untuk menghadiri dan membuat liputan berkaitan satu sesi pertemuan antara Pengarah Himpunan #KL112, Tuan Hj. Mohamad Sabu, para pimpinan kanan parti-parti Pakatan Rakyat serta wakil-wakil NGO bersama Ketua Polis Negara (KPN).

Menurut surat yang ditandatangani sendiri oleh Tan Sri Dato’ Seri Haji Ismail Haji Omar, pertemuan akan diadakan pada Selasa 8 Januari (hari ini) di bilik mesyuarat KPN Tingkat 31, Menara 1, Bukit Aman jam 2.30 petang.

Pertemuan itu adalah bagi membincangkan berkaitan keselamatan Himpunan Kebangkitan Rakyat (#KL112) yang akan diadakan pada 12 Januari 2013 ini dan juga isu-isu berkaitan keselamatan petugas dan program Pakatan Rakyat menjelang Pilihan Raya Umum ke-13.