Kita Berdoa ‘Gelombang 4’ Tidak Berpanjangan

1020

Berikutan dengan keadaan hujan yang kembali turun secara berterusan sekitar Daerah Kemaman dan Dungun menyaksikan beberapa kawasan sekitar Air Putih, Kemaman dan Dun Bukit Besi, Dungun terutama kawasan Pasir Raja mula dinaiki air semula.

Bilik Gerakan Banjir Kemaman dan Dungun diarahkan untuk memantau secara dekat perkembangan yang berlaku dan bersedia untuk sebarang kemungkinan pelan kecemasan yang perlu digerakkan.

Setakat jam 9 malam ini, laporan dari lokasi terlibat memaklumkan keadaan masih terkawal dan kadar kenaikan paras air tidak membimbangkan walaupun terdapat sedikit bilangan mangsa yang perlu dipindahkan.

Bilik Gerakan Banjir kawasan-kawasan lain yang tak terlibat juga diharap bersedia dengan kemungkinan terdapat keperluan tenaga bantuan yang perlu dihantar ke kawasan-kawasan terlibat.

Kita berdoa semoga kemungkinan merebaknya banjir gelombang ke 4 ini tidak berpanjangan.

Di Kemaman dilaporkan hujan kembali reda walaupun keadaan cuaca masih tidak menentu.

Kepada Allah kita berserah di samping kita bersedia untuk kembali berkhidmat.

Allahu Akbar!

-Pengarah Operasi Banjir PAS Terengganu.
8/1/2015, 9:00 p.m