Khianat, ‘Vandalisme’ Terhadap Markaz dan ‘Billboard’ PAS

1271
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita14/khianat.jpg

Buletinonline (BO) mendapat laporan, provokasi tersebut dilakukan di beberapa lokasi serentak di Dewan Undangan Negeri (Dun) Alor Limbat, Rhu Rendang, Bukit Payong dan Dun Bandar.

Oelh itu, tinjauan lokasi yang dibuat skuab BO dibuat mendapati, perbuatan ‘vandalisme’itu menggunakan taktik memasukkan cat merah ke dalam telur dan dilemparkan ke markaz dan ‘billboard’ PAS.

Selain itu kain-kaun rentang atau ‘banner’ slogan dan kempen yang dipasang PAS dikoyakkan atau dirosakkan.

Markaz Unit Peti Undi (UPU) PAS Banggol Tok Ku di Kampung Baru Serada, DUN Alor Limbat antara lokasi sasaran ‘perbuatan jahat’ pihak terbabit.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita14/khianat1.jpg‘Billboard’ besar ‘10 Tawaran Awal Manifesto PAS Terengganu’ serta disimbahi cat merah pada bangunannya.

Saksi berkata, perbuatan tidak bertanggungjawab itu dilakukan selepas jam 3.00 pagi semalam, kerana sebelum itu kedai-kedai restoran masih beroperasi.

Menurut Ahli Jawatan Kuasa Pemuda PAS DUN Alor Limbat, Mohd Taufik Yusof kerosakkan billboard itu disedari pada awal pagi sekitar jam 7.30 pagi.

Beliau menyifatkan perbuatan khianat tersebut dilakukan oleh pihak yang pengecut serta takutkan ‘bayang-bayang’.

“Saya sedar kejadian ini pada jam 7.30 pagi dan perbuatan khianat ini dilakukan oleh pihak yang pengecut dan takut pada bayang-bayang kekalahan dalam pilihan raya akan datang.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita14/khianat2.jpg“Markaz PAS disimbah cat merah, banner PAS dipotong dengan objek tajam dan billboard besar manifesto PAS dirosakkan. Kita (PAS) akan buat laporan Polis atas kejadian ini,” jelasnya ketika ditemui hari ini Rabu 13 Februari.

Taufik mensyaki kejadian terbabit mempunyai kaitan dengan satu kejadian beliau ‘bertikam lidah’ dengan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional pada suatu majlis penyampaian bantuan anak sekolah di sebuah dewan orang ramai.

Tambahnya, selepas kejadian tersebut khabar angin bertiup kencang wakil rakyat berkenaan tidak akan dicalonkan lagi pada PRU13.

Sementara itu, di Markaz PAS UPU Kepong di Kampung Pengadang Baru  turut menerima nasib sama disimbahi cat merah pada gambar Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut.

Perbuatan khianat tersebut dipercayai dilakukan oleh kumpulan yang sama berdasarkan modus operandi menggunakan cat merah yang dimasukkan ke dalam objek telur.

Malah, lebih tidak bertanggungjawab apabila Markaz PAS di UPU Gelugor di Kampung Pengkalan Setar bukan sahaja disimbahi cat merah tetapi dilakarkan dengan lambang salib.