Oleh : Nooreni Abu Bakar
DUNGUN – Persatuan Isteri-isteri Wakil Rakyat dan Bekas Wakil Rakyat PAS Terengganu (KHAIRUNNISA’) terus menabur bakti dan meningkat amal kebajikan sempena kedatangan bulan Ramadhan yang mulia.
Setiausaha Kehormatnya, Hajjah Zarani Othman berkata Khairunnisa’ dengan kerjasama dengan Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan, Muslimat PAS telah menjayakan program sumbangan kepada golongan wanita yang kurang bernasib baik.
“adalah menjadi rutin tahunan bagi kita menyampaikan untuk setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) di dalam setiap Parlimen di Negeri Terengganu,


Beliau berkata demikian dalam ucapan aluannya pada Program Penyampaian Sumbangan Aidil Fitri di Dewan Besar Darul Bayan, Paka, di sini, Selasa 21 Jun.
Hadir sama ialah Pesuruhjaya PAS Terengganu yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka, YB Ustaz Saiful Bahri Mamat, ADUN Rantau Abang, YB. Cikgu Alias Harun dan YB. Cikgu Wan Hapandi Wan Nik, ADUN Sura.
Menurutnya, program sumbangan itu adalah untuk meringankan sedikit beban yang ditanggung oleh mereka yang kurang berkemampuan.
Katannya, seramai 20 wanita terpilih menerima sumbangan berupa wang tunai dan barangan keperluan dapur.





























