Sepatutnya pemimpin kementerian kesihatan menjadi contoh kepada seluruh rakyat dari sudut kesihatan dan perangai. Seperti mana kempen kesihatan yang dijalankan menyeru agar semua masyarakat mengamalkan cara hidup sihat. Jika ada pegawai tertinggi kementerian mengamalkan cara hidup tidak sihat, bermakna menyalahi kempen yang mereka dokongi.
Walaupun khalwat bukannya salah satu tegahan dalam kempen cara hidup sihat, namun ia adalah satu kecelaruan minda! Kenapa kita mendidik masyarakat dengan permulaan zina ini? Zina adalah salah satu cara hidup yang tidak sihat secara tidak langsung kerana pelaku zina akan mendedahkan diri mereka kepada penyakit penyakit jangkitan kelamin.
Jaringan Profesional Muslim (Muslim Professional Network) menggesa ketua pengarah kesihatan Malaysia meletakkan jawatan dengan segera. MPN juga mendesak kerjaaan Umno Bn tidak melantik Ketua Pengarah Kesihatan yang baru kerana faktor politik. Ketua Pengarah Kesihatan mestilah bebas politik dan tiada campurtangan politik.
Dr Ghazali Hasbullah
Jaringan Profesional Muslim (Muslim Professional Network)

























