Kesan Kenaikan Kos Sara Hidup; Golongan Menengah Jadi Miskin – Siri 1

5950

Pada suatu masa dahulu, menjadi golongan kelas menengah adalah menarik, pada tanggapan sebagai sebuah keluarga dengan rumah yang bagus, yang memandu kereta Volvo, pergi berkelah di pantai atau bercuti sekali atau dua kali dalam setahun, menghantar anak-anak mereka ke kolej, dan kehidupan yang umumnya riang dan selesa.

Malangnya, kerana kos hidup yang terus meningkat dan gaji tidak mampu menampung peningkatan, istilah ‘kelas menengah’ seolah-olah telah mengambil makna baru dan menjadi semakin ‘kelabu’ dalam tahun-tahun kebelakangan ini.

Di Malaysia, kelas menengah secara longgar ditakrifkan kepada penduduk yang membawa pulang pendapatan bulanan sebanyak RM3,000 dan ke atas. Data kerajaan dari tahun 2012 menunjukkan bahawa 27.8% daripada isi rumah dari jumlah penduduk seramai 30 juta, berpendapatan antara RM3,000 hingga RM4,999 sebulan.

Sementara itu, kelas menengah atas (upper middle class) dan golongan berpendapatan tertinggi adalah isi rumah yang berpendapatan RM5,000 dan ke atas sebulan, yang berjumlah kira-kira 33.6% daripada jumlah isi rumah d Malaysia.

Oleh itu, baki daripada jumlah keseluruhan rakyat hakikatnya, kira-kira 39% daripada isi rumah dalam negara ini, berada di bawah kelompok berpendapatan rendah.

Walaupun terdapat peningkatan yang stabil dalam pendapatan, namun jumlah kenaikan tidak cukup besar untuk disesuaikan dengan kadar inflasi yang melambung tinggi, yang didorong oleh sebab-sebab seperti kos elektrik meningkat dan pengurangan subsidi bahan api (minyak) serta peningkatan harga gula.

Fuel1Harga barangan pengguna juga dijangka meningkat apabila cukai perkhidmatan dan barangan (GST) mula dikutip berlaku pada 1 April, 2015.

Ahli ekonomi dan ahli akademik mengulangi apa yang kebanyakan dari kita sudah tahu: istilah “kelas menengah” tidak lagi mempunyai konotasi yang sama bagi seseorang rakyat yang memiliki kehidupan selesa, berbanding dengan tempoh 10 tahun yang lalu.

Malah, dengan banyak data dalam ‘strata’ pendapatan kini bergelut untuk mengejar kehidupan, kelas menengah kini mungkin telah menjadi golongan ‘miskin’ atau berpendapatan rendah.

Mari kita lihat pada harga beberapa barangan keperluan harian pada tahun 2004 dan sekarang.

1. Harga bahan bakar (minyak)

Petunjuk utama inflasi adalah kenaikan harga bahan api. Pada tahun 2004, RON92, petrol oktana rendah boleh didapati dengan harga seliter RM 1.38. Kemudiannya, ia didapati tidak mesra alam dan RON95 kemudian diperkenalkan kepada pasaran Malaysia pada tahun 2009 pada kadar RM1.75 setiap liter.

RON95 telah melihat kenaikan besar harga dari tahun ke tahun.

Baru-baru ini pada bulan Oktober, harga RON95 dinaikkan daripada RM2.10 kepada RM2.30 seliter. Peningkatan harga itu berlaku, selepas setahun ia telah dinaikkan dari RM1.90 kepada RM2.20 seliter pada bulan September tahun 2013.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan berkata pengurangan subsidi bahan api adalah perlu bagi Kerajaan untuk menjaga untuk merasionalisasikan subsidi. Tetapi tindakan itu bermakna bahawa rakyat Malaysia kini membayar purata 60% lebih untuk bahan api berbanding dengan 10 tahun yang lalu.

Sebagai contoh, pada tahun 2004, jika anda memiliki sebuah kereta jenis ‘sedan’ dengan kapasiti tangki bahan api 50 liter, anda perlu membayar hanya RM69 untuk tangki penuh. Sebaliknya, jika anda memiliki sebuah sedan kapasiti tangki yang sama pada tahun 2014, anda perlu membayar RM115 untuk tangki penuh.

Penduduk bandar mengalami kesan lebih buruk kerana jalan raya semakin sesak akibat pembangunan perbandaran dan kemudahan awam. Semakin ramai yang tinggal semakin jauh dari pusat bandar kerana harga hartanah yang lebih rendah berbanding hartanah bandar yang mrningkat berlipat kali ganda.

Oleh kerana itu, mereka terpaksa menghabiskan beberapa jam lebih lama diatas jalanraya, yang membabitkan peningkatan belanja untuk membeli minyak kereta.