Mengungkap kata-kata bekas Presiden MCA Tun Ling Long Sik, ikan yang busuk bermula di kepalanya, maka ‘kepala kantor’ sesuatu organisasi awam itu perlu menyedari bahawa mereka adalah pemegang amanah.
Maksud hadis RasuluLlah SAW ‘Kamu semua adalah pengembala dan kamu semua bertanggungjawab atas gembalaan kamu’, membawa erti seseorang ‘kepala kantor’, samada digelar sebagai Pengarah, Ketua Pegawai Eksekutif atau Pengurus perlu tahu bahawa mereka tetap akan dipertanggungjawabkan samada baik atau buruknya.
Mengambil contoh kes yang berlaku kepada Trefound Educare Sdn Bhd, sebuah anak syarikat Yayasan Terengganu yang mengendalikan program latihan ICT, satu soalan yang timbul; sekiranya tidak didedahkan kepada umum berkenaan isu pembayaran elaun pelajar Trefound itu, ke manakah dana RM1.666 juta akan hilang?
AlhamduliLlah, sehingga kini, kes tersebut hampir selesai dan pelajar dijanjikan masa dua minggu untuk menerima wang saku masing-masing yang telah tertunggak setahun lamanya.
Exco Pelajaran YB Razif Abdul Rahman dilaporkan pada minggu lalu telah pun menyerahkan ‘replika’ cek bernilai RM1.666 juta kepada wakil Lembaga Pengarah Trefound, bagi dilunaskan janji elaun RM250 sebulan kepada pelajar terbabit.
[Gambar – Razif menyerahkan replika cek kepada ADUN Kuala Berang Zawawi Ismail, mewakili Lembaga Pengarah Trefound Educare Sdn Bhd yang di pengerusikan oleh Abang Razif sendiri, mantan MP Kuala Nerus, Azmi Abdul Rahman]
Namun yang amat menghairankan, mengapa ‘kepala kantor’ Zakaria Yusuf sebelum ini, boleh memberikan jawapan beliau tidak tahu menahu tentang program Trefound Educare Sdn Bhd, yang terletak dibawah ‘gembalaan’ Yayasan Terengganu?
Apabila ia didedahkan media, ada pula pihak dari ‘kantor’ Penerangan kerajaan Umno Terengganu yang membela ‘ketidakcekapan’ Zakaria sebagai Penjawat Awam dengan menerbitkan video klip yang menuduh PAS mamanupulasikan isu tersebut.
Malah, tanpa rasa malu dan beretika, laman klon yang diciplak ciptaan ‘kantor’ penerangan kerajaan Umno Terengganu, Buletinonlines menerbitkan beberapa artikel ‘mempertahankan diri’ sekaligus melemparkan tuduhan setelah terbukti kes pelajar Trefound adalah isu yang ‘real’!
Lebih malang lagi, selaku Ketua Penerangan Umno Terengganu, YB Razif Abdul Rahman, mengakui betapa lemahnya beliau selaku seorang pemimpin dan pentadbir awam.
Beliau ketika berucap dalam majlis penyerahan replika cek tersebut berkata, tidak pernah mengetahui tentang pinjaman yang dijanjikan anak syarikat Yayasan itu kepada para pelajar.
Persoalan yang timbul dikepala para pelajar dan hadirin yang mendengar ucapan Razif tempoh hari adalah, mengapa pula YB Razif berkata, sepatutnya wakil pelajar dan ibu bapa pelajar Trefound tidak sepatutnya berjumpa Pengarah Yayasan Terengganu Zakaria Yusuf, bagi mengadu hal tentang kes itu.
Katanya, para pelajar dan ibu bapa pelajar sepatutnya berjumpa dengan beliau.
Tanpa segan silu juga Razif berkempen politik dalam majlis yang dianjurkan bagi menyelesaikan ‘kekusutan’ akibat salah urus tadbir, pengurusan Yayasan dibawah kerajaan Umno dan Barisan Nasional.
Razif terang-terangan, meminta para pelajar menyokong kerajaan Umno sedangkan beliau berkata pula ‘para pelajar adalah dilarang berpolitik’!
Berita terkait;
Pelajar Trefound serbu Pejabat pengarah Yayasan Terengganu
Isu Pelajar Trefound; Yayasan Terengganu dan Kerajaan Umno Tidak Boleh ‘Lari’


























