Kes buang bayi meningkat sejak 2010

659

Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Encik Harjeet Singh, berkata setakat tahun ini sebanyak 31 kes dilaporkan.

Beliau berkata peningkatan bilangan itu disebabkan oleh lebih banyak laporan dibuat dan masyarakat menjadi lebih prihatin mengenai kesengsaraan.

Maklum balas daripada sesi kaunseling dan kajian kes di beberapa rumah kebajikan bagi remaja di bawah umur 18 tahun mendapati tekanan dan kurang pengetahuan mengenai kesihatan reproduktif mempengaruhi kepada kehamilan yang tidak diingini.

“Kemahuan untuk menyesuaikan dengan kebanyakan remaja telah mempengaruhi gaya hidup mereka,” katanya selepas melancarkan seminar “Katakan Tidak Pada Pembuangan Bayi” di sini, semalam.

Encik Harjeet berkata, remaja hari ini bergaul bebas dan kurang pengawasan daripada ibu bapa.

“Kadang-kadang, perkara yang menjadi trend di kalangan mereka adalah pergi berparti dan mengadakan hubungan intim bersama pasangan,” kata beliau, yang dipetik mStar Online.

Beliau menambah, ramai golongan muda yang tidak dibimbing mengenai bagaimana mengelakkan daripada terlibat dalam situasi seumpama itu.