Kerajaan Umno-BN Takut Dengan Israel, AS?

844
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita9/bukti%20hipokrit.jpg

Menurut Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia Dr. Raja Ahmad al-Hiss, tindakan itu adalah umpama menghina hak rakyat Palestin yang telah memilih Hamas melalui sisitem demokrasi.

Oleh itu, beliau menegaskan, tidak ada ertinya, parlimen meluluskan kecaman terhadap musuh Hamas, ‘negara haram Israel’ sedangkan pada masa yang sama, Malaysia tidak mengiktiraf Hamas.

“Apakah ertinya kerajaan Malaysia meluluskan kecaman terhadap Israel tetapi dalam masa yang sama enggan mengiktiraf kerajaan Hamas yang telah dipilih oleh rakyat.

“Dalam hal ini, DPPM merasa kesal kerana kerajaan Malaysia menganggap Hamas sama seperti Pakatan Rakyat di Malaysia serta negeri-negeri yang diperintah oleh PR seperti Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang yang dilayan seperti warga kelas kedua,”jelasnya.

[Gambar – dua bukti kerajaan Umno-BN bersikap ‘munafik’ dalam hubungan dengan Israel, bendera Irael yang dikibarkan di pejabat Umno, PWTC dan kapal dagang Israel di pelabuhan Kelang, selain jelas bukti minyak sawir Malaysia dijual ke Israel]

Beliau berkata, Pemuda PAS amat kesal dengan sikap kerajaan Umno dan Barisan Nasional yang ‘bermuka-muka’ dalam mengangani isu Palestin.

Katanya, kerajaan sepatutnya bertindak lebih serius dan agresif menghentikan keganasan terhadap rakyat Palestin dan bumi Gaza khususnya.

“(kalau) setakat kecaman bukanlah suatu tindakan yang konkrit dan (tidak) meninggalkan kesan mendalam terhadap Israel. Kerajaan perlu bertegas sebagaimana yang dilaungkan oleh Presiden Mesir, Dr Muhammad Mursi serta Perdana Menteri Turki, Recep Tayyib Erdogan yang memberi amaran keras terhadap Israel,”ujarnya.

Justeru, beliau selaku Pengerusi Lajnah Antarabangsa, Dewan Pemuda PAS mendesak supaya kerajaan Malaysia bersama negara-negara umat Islam yang lain di bawah OIC untuk tidak lagi bertolak ansur dengan Israel.

Malaysia juga, katanya,  tidak perlu teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas dengan menghantar tentera bagi membantu perjuangan umat Islam Palestin kerana, menurutnya, sudah sampai masanya seluruh umat Islam dibebaskan dari belenggu ketakutan terhadap Israel dan penaungnya, Amerika Syarikat.