Pak Da Kori kesal kerana sebanyak 1350 pohon, pokok getah berumur 3 tahun di cabut tanpa apa-apa bayaran. Sudah lama beliau memohon tanah tersebut tetapi tidak diluluskan oleh kerajaan.
Manakala Zaharah Che Amah, melibatkan tanah seluas lebih kurang 2 ekar dan sebuah rumah yang dibeli daripada penduduk tempatan beberapa tahun dulu dengan harga RM30,000.00, diambil tanpa apa-apa bayaran.
Walaupun tanpa geran, sepatutnya kerajaan membayar kerugian yang terpaksa ditanggung oleh penduduk tersebut yang melibatkan jumlah yang banyak. Cuba bayangkan harga anak getah sekarang RM5 sepokok. Kalau 1350 pokok harganya RM6750. Ini tidak termasuk harga baja, racun dan upah selama 3 tahun tersebut.
Tindakan kerajaan tidak menggambarkan slogan yang digembar gemburkan Rakyat didahulukan sebaliknya rakyat yang kena dahulu.
Sepatutnya kerajaan tidak bertindak zalim kepada orang-orang Melayu yang tidak bertanah sebaliknya dalam melaksanakan pembangunan harus mengambil kira nasib rakyat sekeliling.
Ini bukan pertama kali kali kerana sebelum ini berpuloh-puloh rakyat di Hulu Besut terpaksa menanggung kerugian beratus ribu ringgit apabila kerajaan membina ampangan Paya Beda di Kampung Padang Bual Hulu Besut.
Beribu-ribu tanaman penduduk dimusnahkan tanpa apa pampas an sehingga ke hari ini. Walaupun sebelum ini ada bancian dibuat pihak tertentu tetapi penduduk masih menunggu bayaran yang tak tahu bila akan dapat.
Sikap kerajaan Umno-BN yang tidak kasihan kepada rakyat sendiri menunjukkan mereka mementingkan politik semata-mata apabila hampir pilihanraya.
Shalahuddin Jaafar (Cikgu Solah)
Pengerusi Majlis Tindakan DUN Hulu Besut
Merangkap Timbalan Yang DiPertua PAS Besut