Kerajaan Terengganu Tidak Ada ‘Justifikasi’ Melaksanakan Pembangunan

1005

http://buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2010/09/batuenamsesak.jpgKUALA TERENGGANU – Sebuah kerajaan yang baik, melaksanakan agenda pembangunan untuk rakyat berdasarkan suatu ‘justifikasi’ (pertimbangan), projek tersebut adalah diperlukan oleh rakyat dan memberikan manfaat yang banyak kepada rakyat.

Namun begitu, menurut Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Tunggal Dr Alias Razak, kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu dibawah pimpinan Dato’ Seri Ahmad Said hanya melaksanakan pembangunan berdasarkan ‘ikut suka aku’.

“Betapa kerajaan Umno/BN pimpinan Ahmad Said buat kerja (pembangunan) tidak ada suatuĀ  pertimbangan. (kalau) dalam istilah pentadbiran(nya) tidak ada justifikasi., dia buat ikut suka dia,

“apabila nak buat projek dalam (satu-satu) pentadbiran, kita buat justifikasi dulu, harga satu hal, tapi kepentiingan dan keperluan projek (itu) untuk rakyat, itu adalah (amat) penting,”ujarnya ketika berucap dalam Majlis Ceramah sempena Hari Keluarga PAS Cawangan Tuan Mandak dekat sini semalam.

(Gambar – Pekan Batu Enam pasti sesak setiap hujung minggu dan pada hari perayaan, gambar kiri dirakam semasa Ramdhan baru-baru ini)

Menurutnya, sekiranya projek itu adalah perlu dan penting kepada rakyat, tidak kira samada mahal atau murah, jimat atau tidak menjimatkan, sesuatu projek itu mestilah dilaksanakan.

Beliau yang juuga Timbalan Yang DiPertua PAS Kuala Nerus menegaskan, walaupun mungkin kos projek tersebut lebih mahal sebanyak RM50 juta tetapi ia menyelesaikan masalah rakyat, maka kerajaan mesti melaksanakannya.

“(Projek) yang menyelesaikan masalah rakyat, yang rakyat perlu sangat, kerajaan mesti kena buat, itulah namanya justifikasi dan sepatutnya rancangan kerajaan bergantung kepada justifikasi ini,

“keperluan rakyat diutamakan, bukan keperluang kroni, bukan peluang untuk mengaut kekayaan untuk ‘aku’, kerana projek ini boleh ke orang, tak boleh ke aku, aku batal hok orang, bukan (begitu) sebenarnya,”tegasnya.

Menurutnya, kenyataan Ahmad Said, Menteri Besar membatalkan projek pembinaan jambatan dari Losong ke Pulau Sekati danĀ  terus ke Teluk Pasu adalah satu contoh keputusan kerajaan yang tidak ada justifikasi.

Selain itu, pembangunan gerai jualan buah di Batu Enam atas rezab jalan menunjukkan kerajaan gagal mengambil kira kepentingan rakyat, menjadikan pekan tersebut bertambah sesak

Berita berkaitan:
Pembinaan Jambatan Tidak Libatkan Pulau Sekati
Kerajaan Mengigau

http://www.youtube.com/watch?v=mCKBNm9OaL0