KUALA TERENGGANU – Keputusan diumumkan PAS pusat menjadi pengajaran kepada semua pihak agar nilai setiakawan dan perpaduan ummah terus dipertahankan demi kepentingan yang lebih besar pada masa hadapan.
Yang Dipertua PAS Kawasan Setiu, Ustaz Zul Bhari Ab Rahman berkata, berkata, perkara itu perlu difahami dalam konteks perjuangan politik Islam yang menuntut kebijaksanaan dalam membuat pertimbangan demi memastikan kesatuan gerakan serta kekuatan ummah terus terpelihara.
Katanya, PAS Kawasan Setiu menerima dan menghormati keputusan tersebut dengan penuh rasa tanggungjawab, selain mengharapkan ia tidak menjejaskan hubungan silaturahim antara semua pihak yang terlibat.
“PAS telah mengambil satu keputusan menghentikan kerjasama politik dengan BERSATU, satu keputusan yang dibuat secara syura dan kami menghormati dan akur dengan keputusan tersebut
“Kerana keputusan itu diambil berdasarkan pengamatan kedudukan dan halatuju demi menjaga prinsip perjuangan,” jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika dihubungi hari ini.
Dalam masa sama, beliau berharap keputusan itu menjadi pengajaran kepada semua pihak agar nilai setiakawan dan perpaduan ummah terus dipertahankan demi kepentingan yang lebih besar pada masa hadapan.





























