Oleh : Adli Mohamad.
KUALA TERENGGANU – Kerajaan PAS Negeri Terengganu masih lagi belum menerima bayaran RM220 Juta daripada kerajaan Persekutuan Malaysia.
Menteri Besar Terengganu, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, jumlah duit berkenaan adalah duit yang dihutang oleh kerajaan pusat kepada kerajaan PAS Negeri Terengganu.
“Kita telah menerima surat dari kerajaan pusat (PH) memohon menangguhkan dahulu. Tangguh sehingga jangka waktu yang lain.
“Dia (kerajaan PH) tidak bagitau Tarikhnya bila, dan sebab apa. Apa yang saya faham ialah oleh kerana kekangan kewangan kerajaan pusat,” jelasnya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita, pada siding media, di perkarangan Wisma Darul Iman, pada Rabu, 3 April.
Menurut beliau yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS Rhu Rendang itu, kerajaan pusat telah berhutang banyak tahun semenjak dahulu, ianya melibatkan dua billion bayaran.
“Yang telah diberi komitmen oleh kerajaan pusat adalah sebanyak 10 kali sebanyak 220 juta setahun.
“Dan sudah berlangsung selama lapan kali setiap tahun, (pada) Januari setiap tahun, lapan tahun lepas dibuat pembayaran 220 juta akan dibayar apabila masuk januari,” ujarnya.
Dan bagi tahun 2019, beliau menyatakan itu merupakan dapatan yang kesembilan dan sepatutnya hanya berbaki dua tahun termasuk tahun 2020 yang merupakan dapatan yang terakhir.
“Yang mencukupkan hutang 2.2 bilion oleh kerajaan pusat,” ucapnya.
Itu tidak termasuk dan mengambil kira lagi hutang-hutang yang lain, jelas beliau, apabila disemak dan dilihat didalam system akaun dan dalam fail kerajaan negeri bahawa wujudnya hutang-hutang yang lain.
Ianya termasuklah hutang-hutang bagi projek pembinaan Lebuhraya Pantai Timur dan beberapa perkara lain dalam nilaian billion ringgit.
“Cuma kita bukan dalam proses untuk menuntut hutang tetapi kita minta dibayar balik kerana ianya dipinjam (dari) kerajaan negeri.
“Kerana tanggungjawab pembinaan lebuhraya ini dan jalan-jalan persekutuan ini adalah dibawah tanggungjawab kerajaan pusat, “jelas beliau.
Tambah beliau, perkara berkenaan yang melibatkan mana-mana negeri sekalipun apabila melibatkan pembinaan jalan raya dan lebuh raya adalah dibina menggunakan peruntukkan kerajaan pusat.
“Apa yang berlaku sehingga kini, Kerajaan pusat berhutang dengan kerajaan negeri kira-kira 10 tahun yang lepas. Itu adalah apabila projek LPT itu hendak dibuat di Terengganu.
“Kerajaan pusat pada masa itu mungkin menghadapi sedikit kekangan kewangan jadi pinjam daripada duit kerajaan Negeri Terengganu (dan) duit itu adalah duit (hasil) daripada petroleum.
”Bila pinjam biasalah, kena bayar baliklah,” ujarnya.











