Kerajaan PAS ‘Komited’ Membina Masyarakat Sejahtera

2053

Oleh : Nooreni Abu Bakar

KUALA TERENGGANU – Kerajaan PAS Terengganu ‘komited’ untuk membina masyarakat sejahtera yang akan mendorong kepada produktiviti dan mobiliti sosial serta mengukuhkan keharmonian dan perpaduan nasional.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional, Cikgu Alias Harun berkata, walaupun perubahan landskap sosial hari ini amat mencabar.

Katanya, dengan peningkatan masalah kesihatan dan gangguan psikologi seperti isu perkahwinan, keluarga, tekanan kerja, penagihan alkohol, penyalahgunaan dadah dan sebagainya, yang terus menekan emosi rakyat.

“Keadaan ini boleh menyebabkan kemurungan, kebimbangan, tekanan dan pelbagai kecelaruan psikologi,” jelas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang itu, ketika berucap merasmikan Pelancaran ‘Psychological Care Centre (PCC)’, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Terengganu.

Majlis tersebut yang diadakan di perkarangan Flat Desa Keluarga, Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu di Chendering di sini pada 22 September.

“Saya percaya dengan adanya pusat perkhidmatan psikologi seperti ini secara tidak langsung dapat melahirkan masyarakat yang sejahtera khususnya dari aspek psikologikal,” ujar beliau lagi.

Ketua Penerangan PAS Dungunitu turut menyeru semua masyarakat, khususnya komuniti di Chendering, Kuala Terengganu ini supaya memanfaatkan kemudahan yang disediakan ini.

“Tambahan pula segala perkhidmatan yang disediakan adalah percuma”, tambah beliau.