Kerajaan Digesa ‘Bersungguh’ Selesaikan Masalah Kuala Sungai Mercang

2343

MARANG – Masalah Kuala Sungai Mercang yang cetek bukan masalah baharu, bahkan para nelayan di persekitaran kampung tersebut mendedahkan, isu tersebut ‘tidak berkesudahan’ sejak sekian lama.

Lebih parah lagi mereka mendakwa, kesukaran yang mereka alami menggunakan laluan utama bot untuk keluar masuk ke laut, sudah menjadi isu politik dan ‘modal berjanji’ kerajaan yang masih belum ditepati

Perbuatan ‘sia-sia’ menggali kuala setiap kali ia ‘terkambus’ itu, bukanlah tidak disedari oleh pihak berkuasa.

Tetapi ia dianggap oleh Husin Ahmad, 57, sengaaja dilakukan begitu rupa.

husin ahmad“Saya mewakili nelayan di sini yang senasib dengan kita, tidak lain (bagi) kita (iakah) masalah Kuala di (sungai) Mercang ini, bertahun tahun (dan) boleh dikatakan berpuluh tahun memang sudah menjadi isu politik Kuala Mercang,

“perbuatan (sia-sia) yang dia gali itu bukan dia tidak sedar dan bukan dia tak nampak, tapi kita rasa sengaja dibuat (kerana) hanya beberapa bulan dia (kuala) tertutup balik.

“Tahun depan gali balik, tutup balik. Bagi nelayan rasa gelisah sungguh. Apabila tinggal seminggu, dua minggu mungkin timbul pasir balik. Saya rasa lebih kurang 30 tahun lebih (sudah berlanjutan),”kata beliau.

Keluhan itu diluahkan oleh Husin, pada program NGO Bersama Para Nelayan di Kawasan Marang, di kampung Mercang pada Rabu, 20hb Julai.

Rakannya, Haji Md Sidek Abdullah, 62, berkata, masalah muara cetek itu turut menjejaskan pendapatan nelayan yang terpaksa berehat dari turun ke laut dan bergantung pada bantuan sara hidup serta bantuan lain.

“Kami tidak dapat ke laut bukan sahaja kerana faktor angin dan laut bergelora, malah masalah muara cetek. Masalah ini sudah lama berlaku, tetapi masih belum selesai sepenuhnya sehingga sekarang.

nelayan mercang“Kalau tidak dapat ke laut kerana ombak besar pada musim tengkujuh, kami dapat terima. Tapi sekarang, walaupun tengkujuh sudah berakhir, tapi kami masih perlu ‘berehat’ kerana masalah muara cetek,” katanya.

Sehubungan itu, Pengerusi Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) Marang, Haji Mohd Deraman berkata, seingatan beliau, masalah tersebut berlaku sejak awal tahun 1983.

“seingat saya sejak (itu mula) menggali membesarkan Kuala Mercang ini dilakukan kecil-kecilan dahulu disebabkan oleh berlaku aliran sungai Mercang yang agak perlahan disebabkan pembesaran ladang di Bukit Tok Him,

“kemudian benda (masalah) benda tak selesai………yang pastinya (menyebabkan) bermula bulan 11 sampai bulan 3 tiap-tiap tahun dia (muara) tertutup.

“‘Orang ke laut’ ni, apabila empat bulan setahun tutup bulan 4 datang angin tenggara, air pasang surut, dia memang merupakan masalah besar,”jelasnya.

Masalah ini, kata beliau, berlarutan dan tidak dapat diselesaikan sehingga ke hari ini, walaupun telah dilawati Menteri Besar Haji Ahmad Razif Abdul Rahman dan Pengerusi Jawatankuasa Transformasi Kerajaan, Komunikasi dan Multimedia negeri, A Latiff Awang yang juga ADUN Pengkalan Berangan, baru-baru ini.

“Pihak kami telah dimaklumkan oleh Jabatan berkenaan, peruntukan tahunan yang dikeluarkan tidak kurang dari RM300,000 setahun sehingga pernah mencecah RM800,000.

IMG_20160722_233532“Tetapi bukan merupakan satu pelan tindakan atau projek untuk menyelesaikan secara kekal (dan) ia sekadar barangkali membuat kepuasan sementara kepada nelayan,”tegasnya.
Justeru itu, menggesa pihak kerajaan mengambil tindakan yang ‘betul-betul bersungguh’ bagi menyelesaikan masalah tersebut.

“walaupun (mungkin) tidak sehebat (kuala sungai) Marang, separuh daripada itu pun tak apa. (mungkin) membina pemecah ombak, supaya nelayan ini boleh bekerja sepanjang masa. Ini merupakan harapan kita.

“Cerita yang lebih 33 tahun ini, (dengan) peruntukan yang dijanjikan (oleh) Yang Amat Berhormat Ahmad Razif (ketika) dia datang sebelum puasa baru ini,”ujarnya lagi.

https://youtu.be/t9OKcujB4-0