Oleh : Rohayati Ripin
KUALA NERUS – Kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) gagal menguruskan hasil sumber harta kekayaan negara.
Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Khalil Abdul Hadi berkata, ia telah menyebabkan beberapa masalah utama yang berlaku kepada negara.
“Pengurusan kerajaan yang tidak berkesan dalam skandal dan ketirisan serta rasuah. Saban tahun laporan audit negara melaporkan harta kerajaan dan harta rakyat berlaku ketirisan.
“Ianya menyebabkan kerajaan rugi kerana tidak menangani ketirisan ini dengan baik dan tulus.
“Masalah pengangguran dan masalah sosial dalam kalangan belia adalah perkara yang besar berlaku dan perlu di beri perhatian,”katanya.


Menurutnya, kerajaan yang bagus ialah sebuah kerajaan yang boleh menampung tempat tinggal kepada rakyat dengan cara kaedah yang baik bukan menambah hutang isi rumah.
Katanya, rakyat pula terpaksa berhutang untuk memastikan tempat tinggal terjamin.
“Government Service Tax (GST) yang membebankan golongan B40 dan M40. Kos sara hidup yang semakin tinggi menyebabkan rakyat tidak mampu memiliki rumah khususnya B40.
“Kita semua melihat berbagai – bagai masalah yang berlaku dalam negara kita yang tidak boleh di selindungkan lagi di mana punca yang paling utama nya ialah kerana kita membelakangkan petunjuk Allah SWT.
“PAS sebagai sebuah parti Islam yang meletakkan Al quran dan As sunnah sebagai rujukan utama,”ujarnya.


“Dalam syariat islam polisi satu-satu kerajaan mestilah menekankan dan mengambil kira penyelesaian Islam dengan penjagaan lima perkara iaitu penjagaan kepada agama, nyawa, keturunan, penjagaan kepada akal dan penjagaan kepada harta.
“Sekiranya kita boleh mengambil penyelesaian selain daripada Islam barat dan timur. Kenapa kita tidak boleh mengambil penyelesaian Islam,”soalnya.
Justeru kami melihat cara menyelesaikan masalah yang berlaku tidak lain tidak bukan dengan penyelesaian Islam itu sendiri. Dalam masa yang sama kita juga mahu menjaga harta negara supaya tidak berlaku ketirisan, pembaziran dan lain-lain lagi.





























