Kepimpinan Baharu Pemuda Marang Azam ‘Rampas’ Pengkalan Berangan

1220

MARANG – Mantan etua Dewan Pemuda PAS Marang Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi menyeru para pemuda PAS agar meneruskan perjuangan kepimpinan terdahulu.

“apa yang mesti dibawa oleh pemuda mesti meneruskan apa yang telah diteruskan oleh pimpinan kita sebelum daripada ini.

IMG-20150419-WA0088“Yang telah meninggalkan kita dalam tempoh yang dekat ini, yang mana kita telah ditangisi dengan pemergian beberapa orang pimpinan yang tertinggi, Almarhum Tuan Guru Haji Harun Taib, Almarhum Ustaz Abu Bakar Chik dan yang terakhir ini adalah Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat.

“Dimana pimpinan datang dan pergi, tetapi perjuangan islam mesti diteruskan,”ujarnya ketika berucap pada Mesyuarat Agung Tahunan Pemuda PAS Marang di Bukit Payong pada Sabtu 18 April.
Menurutnya, para pemuda terus berjuang samada melihat kemenangan dihadapan ataup sebaliknya gugur syahid di jalan Allah SWT.

“walaupun kita mati diatas katil kita, tapi niat kita untuk mati syahid pada jalan Allah. Mudah-mudahan Taala menerimanya,”tambah beliau

Sehubungannya itu, pengganti beliau Ustaz Sulaiman Sulong pula berharap para pemuda menjadi benteng yang terus kukuh untuk membantu perjuangan Islam.

sulaiman sulong“dengan terlantiknya kepimpinan pemuda yang baru ini kita mengharapkan supaya Pemuda PAS terus kuat menyokong Kepimpinan Ulamak dan terus maju menggerakkan PAS Kawasan Marang.

“juga (kita) berharap agar menjadi benteng yang terus kukuh untuk membantu perjuangan Islam, dan pada yang sama kita tidak akan lari perlembagaan yang telah ditetapkan oleh parti,”katanya ketika ditemui.

Katanya, saf pimpinan yang baru dilantik agar dapat bekerja dengan bersungguh-sungguh bagi memastikan kemenangan PAS dikekalkan di Parlimen Marang, serta 3 DUN yang ain.

Pada masa yang sama, beliau mengajak para pemuda untuk mengerahkan tenaga dan kekuatan , merampas DUN Pengkalan Berangan yang belum dimenangi.

“Kita akan pastikan dapat merampas kembali DUN Pengkalan Berangan ini di dalam Pilihanraya ke-14 akan datang, insyaAllah,”ujarnya

Beliau turut mengharapkan agar jawatankuasa pemuda yang baru terpilih, bekerja bersungguh-sungguh untuk memastikan pemuda mendapat tempat di mata masyarakat.