Kepada seluruh anak muda di negeri Terengganu Darul Iman yang tercinta..
Gunakanlah peluang yang sangat-sangat luas dan mahal ini. Jadikan kita diantara anak muda yang melakarkan sejarah yang hebat ini. Ditangan kitalah kuasa untuk menentukan siapakah yang akan mentadbir negeri Terengganu selepas 9 mei 2018.
Pikirkanlah dengan cara yang terbaik demi Islam kita dipelihara dan itulah sebenarnya intipati yang sangat bernilai untuk kita persembahkan kepada Allah SWT.
Bumi Terengganu ini pernah dinasihatkan oleh ulama besar Tok Ku Paloh, yang menjadi penasihat kepada sultan Terengganu suatu ketika dahulu. Dia pernah menyairkan ” Pikir itulah pelita bagi hati yang mendapat kita hidup akan mati. Ingat-ingat serta fikir duduk kita dialam kubur seorang diri”
Syair yang dilaungkan ini merupakan tiupan jihad dan semangat kepada warga Terengganu ketika itu supaya bangkit menentang penjajah pemerintahan British.
Kerana itulah Terengganu diantara negeri yang paling akhir dijajah oleh British, kesan daripada ucapan dan kata-kata keramat Ulama kita.
Ayuh anak muda..kita kembalikan semula keagungan dan kegemilangan kerajaan negeri Terengganu yang pernah menobatkan Itqanul Muluq, Li Taqdil Suluq sebagai panduan untuk menguruskan rakyat negeri Terengganu.
Alhamdulillah, terbukti rakyat ini menerima dan bangga berada dibawah kerajaan yang benar-benar melaksanakan islam sebagai cara hidupnya.
Ayuh gunakanlah peluang ini, anak muda khususnya untuk menerajui kali ini pemerintahan di negeri Terengganu kepada parti Islam Semalaysia, Pas.
Alhamdulillah pas menawarkan manifesto yang sangat hebat dan Pas berjanji untuk membetulkan segala ketirisan pengurusan yang berlaku. Cukuplah dengan apa yang ada didepan kita.
Taman ilmu, hampir 400 juta, tapi tak boleh beroperasi. Bandar baru Tasik Kenyir mencecah hampir 600 juta, masih lagi belun berfungsi. Sekolah Menengah Kebangsaan Alur Limbat, hampir 20 juta disia-siakan. Alangkah banyaknya berlaku ketirisan ini..
Anak muda bangkit…! Dengan harta hasil negeri Terengganu ini, betapa banyaknya boleh dibahagi peluang kepada anak muda untuk menguruskan kehidupan dunia ini dengan lebih bermakna.
Ayuh kita ubah dan kita pastikan Pas yang memerintah kali ini.
Terima Kasih.
Kamaruzaman Abdullah
Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu























