Kenyataan Media Perikatan Nasional

317

1. Parti Perikatan Nasional telah mengemukakan Surat Akuan
Berkanun daripada Ahli-ahli Dewan Rakyat yang memberikan
kepercayaan kepada YB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji
Mohd Yassin, Ahli Parlimen Pagoh, untuk dilantik sebagai
Perdana Menteri Ke-10 oleh KDYMM Seri Paduka Baginda
Yang di-Pertuan Agong.

2. Jumlah Surat Akuan yang dihantar adalah melebihi 112, iaitu
jumlah kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat yang
diperlukan untuk pelantikan Perdana Menteri di bawah
Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan.

DATO’ SERI HAMZAH BIN ZAINUDIN
Setiausaha Agung
Parti Perikatan Nasional
21 November 2022, Kuala Lumpur