Kenapalah Lambat Sangat Bertindak?

1107

KUALA TERENGGANU – Pemuda PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar kesal kerana pihak berwajib tidak ambil peduli teguran dan pandangan rakyat sehingga berlaku sekali lagi kemalangan berhampiran Pasar Chabang Tiga.

IMG-20160620-WA0068Ketuanya, Khairuddin Mohammad berkata, kejadian kali kedua kenderaan ‘terjun’ ke dalam longkang menunjukkan Umno dan Barisan Nasional Terengganu gagal membawa transformasi dalam pentadbiran kerajaan.

“Hari ini 20 Jun 2016…………….kejadian yang baru sekejap tadi berlaku di Pasar Chabang Tiga merupakan kejadian kali kedua,

“dulu lori kecil masuk dalam longkang tu, sekarang kereta pula ‘yang terjun’, kenapa lambat sangat nak bertindak?,”soal beliau.

Menurutnya, beliau telah menyuarakan kebimbangan orang ramai kepada pihak media pada bulan Mac yang lalu, namun tidak ada apa-apa tindakan yang diambil oleh pihak kerajaan.

“Saya malas nak komen banyak, cuma nak tanya……………adakah sebab jabatan ini menyatakan jabatan itu yang patut sediakan penghadang tersebut dan,

IMG-20160620-WA0071“jabatan itu pulak menyatakan sebaliknya…………..yang menjadi mangsa adalah rakyat!,”tegas beliau.

Setakat ini, kata beliau, Alhamdulillah masih belum ada lagi mangsa terkorban, tetapi katanya lagi, jangan sampai ada yang mati, baru kerajaan mahu bertindak.

Sebuah kereta jenis Toyota telah hilang kawalan sehingga masuk ke dalam longkang dekat pasar terbabit kira-kira jam 4 petang hari ini.

Dimaklumkan, dua orang kanak-kanak dan ayahnnya yang memandu kereta tersebut selamat, tanpa apa-apa kecederaaan.

Berita sebelum ini;

Lori Masuk Longkang; Kerajaan Digesa Beri Penjelasan
Ke Kerajaan Nak Tunggu Orang Mati Baru Pasang Penghadang Longkang?