Kenaikan Tambang Bas 30%; Di mana slogan “Dahulukan Rakyat” Kerajaan?

1579
http://buletinonline.net/images/stories/aberita22/Kenaikan%20Tambang%20Bas.jpg

Pada masa yang sama, kami mengakui terdapat asas yang kuat bagi pengusaha bas menuntut kenaikan harga tambang mengambil kira kos operasi yang telah meningkat saban tahun dan semakan terakhir tambang bas yang dilakukan pada tahun 2008.

Kerajaan didesak untuk mengambil langkah segera menangani isu ini dikala orang ramai mula mencongak bajet yang semakin menghimpit untuk pulang ke kampung berhari raya. Sekalipun cadangan persatuan pengusaha bas dan kumpulan pengguna telah dibuat seawal Disember 2012 lagi, kerajaan terus membisu dan seperti keputusan ide bagi menampilkan penyelesaian menang-menang buat semua pihak.    

Sebagai strategi jangkamasa pendek, kerajaan disaran mengembalikan subsidi petrol/diesel 30 sen khusus untuk sektor pengangkutan awam yang ditarik pada tahun 2006. Subsidi juga wajar diperkenalkan untuk tayar dan tol (sebagaimana subsidi tayar untuk pengusaha teksi yang diperkenalkan kerajaan tahun lepas) bagi tempoh musim perayaan ini. Cukai import alat ganti kenderaan pula mesti dikurangkan bagi menurunkan harga kos peralatan dan casis bas. Subsidi dan pemotongan cukai ini dilihat boleh mengurangkan tekanan kos kepada pengusaha bas lalu membolehkan struktur kenaikan tambang yang lebih moderan. 

Untuk tindakan jangkamasa panjang, kerajaan khususnya SPAD perlu meneliti semula sama ada kenaikan tambang bas melalui inisiatif Liberalisasi Kadar tambang Perkhidmatan Bas Ekspres 2008 setara dengan peningkatan kualiti perkhidmatan yang diberikan pengusaha. FOMCA antara lainnya, telah membuat kajian kepenggunaan pada tahun 2010 yang telah menggariskan permasalahan kualiti dan sepatutnya boleh dijadikan sebagai salah satu input penting kepada penstrukturan semula sistem pengangkutan awam jalanraya di negara kita.

Pada masa yang sama, Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan menuntut agar kerajaan, Kementerian Pengangkutan dan menteri bertanggungjawab lebih telus dengan status kemajuan sistem pengangkutan awam negara dengan memecahkan monopoli pihak tertentu dan mencantas naungan politik yang dilihat menghambat penstrukturan sistem pengangkutan awam.

Pada tahun 2006, kerajaan mengumumkan penjimatan RM 4.4 billion dari pemotongan subsidi petrol akan disalurkan kepada sektor pengangkutan awam. Di dalam Bajet 2009, RM 25 billion diumumkan untuk memperbaiki sistem pengangkutan awam dalam tempoh 5 tahun dan peruntukan segera RM 500 juta untuk pengangkutan awam di bandar-bandar utama. Adakah angka-angka besar ini cuma retorik kosong kerajaan?

Bagaimana pula dengan status Dana Wang Amanah Pengangkutan Awam yang telah diluluskan jemaah menteri pada tahun 2006 lagi? Kurangnya ketelusan meningkatkan persepsi rakyat dana awam mungkin digunakan untuk bail-out syarikat-syarikat kroni yang bermasalah. Seharusnya dengan jumlah kewangan yang cukup besar diperuntukkan, sistem pengangkutan awam di seluruh negara boleh mencapai kualiti yang lebih baik setara dengan kenaikan harga tambang yang dikenakan.

Dengan begitu banyak persoalan yang timbul dan keengganan kerajaan mengambil langkah pasti,  maka di manakah agenda “mendahulukan rakyat” kerajaan di dalam isu kenaikan tambang bas ini?

Mencorak Masa Depan 

Nurul Islam Mohamed Yusoff
Setiausaha
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan.