Terengganu, Malaysia

Kenaikan Harga Air Akan Beri Kesan Kepada Rakyat

satu

Oleh : Adli Mohamad

DUNGUN – Kenaikan kadar tarif air yang bakal dilaksanakan akan memberikan impak walaupun dijamin tidak akan membebankan rakyat.

Rata-rata dikalangan penduduk yang ditemui, kurang bersetuju dengan peningkatan bayaran keperluan harian itu.

Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Bukit Besi, Majlis Pengurusan, , Ahmad Bakhir Chik berkata, ada baik dan buruknya, sekiranya ia dilaksanakan.

“Tidak dapat dinafikan ada pro dan kontra. Kalau kenaikan itu baik untuk pembangunan rakyat jadi kita bersetuju.

“Namun kerajaan negeri harus mempunyai sesuatu yang boleh mengambarkan bahawa kenaikan itu bukan sesuatu yang membebankan rakyat. Ianya mesti relevan.

“Apabila sebut sahaja kenaikan, pasti ramai yang tidak bersetuju, apa-apa pun kita menyerahkan sepenuhnya kepada kerajaan bagi membuat keputusan yang terbaik,” ujarnya ketika ditemui.

Sementara itu, seorang peniaga warung berhampiran Surau Seren, Bukit Besi yang tidak mahu dikenali berkata, beliau kurang bersetuju dengan peningkatan caj perlhidmaytan air itu.

“Dalam keadaan sekarang rakyat terbeban dengan pelbagai permasalahan yang menghimpit pasca Pakatan Harapan (PH) memerintah.

“Jika kerajaan terpasa naikkan, kita tidak ada pilihan lain melainkan mengikut sahaja,” jelasnya.

Bagi Osman Abdullah, 65, seorang pesara berkata, secara peribadi beliau juga tidak bersetuju, namun menyerahkan segala-galanya kepada kerajaan negeri bagi membuat keputusan yang terbaik.

Manakala peniaga di Pasar Bukit Besi, Mohd Hamidi Abdul Aziz pula berkata, beliau kurang bersetuju kenaikan kadar tarif air itu.

“Mungkin kerajaan ada cadangan lain, tapi melihat pada rakyat rasanya tidak sesuai.

“Bagi saya kalau tidak boleh dielakkan nak buat macammana, tetapi ada baiknya cari jalan dan cara lain dulu agar kadar air tidak dinaikkan,” katanya.

Sehubungan dengan itu, seorang kontraktor Tenaga Nasional Berhad, Mohd Redzuan Mat Zin, berkata, tindakan kerajaan itu adalah tepat kerana telah 22 tahun tarif air tidak berubah.

“Saya secara peribadi tiada masalah. Cuma yang perlu difikirkan adalah golongan yang miskin dan susah. Diharapkan kerajaan negeri akan membuat satu keputusan yang memikirkan rakyat,” tegasnya.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan