Kuala Terengganu – Anak-anak generasi selepas merdeka mestilah mengetahui dan memahami sejarah kemerdekaan negara, supaya mereka benar-benar berjiwa bebas.
Menurut Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu YB Ustaz Mohd Nor Hamzah setiap tahun ketika menghampiri 31 Ogos laungan merdeka tidak memberikan pengertian sebenar tentang kemerdekaan.
Beliau menegaskan, kemerdekaan negara bukan ciptaan Umno tetapi pengorbanan dari pelbagai lapisan dan pelbagai parti politik.
“Anak muda mesti ingat bahawa kemerdekaan direka cipta oleh UMNO tapi ramai peojuang-pejuang kemerdekaan yang bersemangat anak muda dari berbagai parti dan pertubuhan menentang segala penjajahan barat,
“ketika UMNO (adalah) proksi dan alat penjajah,”jelasnya
Oleh itu, beliau yang juga adalah Adun Bukit Payong mengajak anak muda mengingati sejarah sejarah kemerdekaan denganpengertian yang disebut Rab’ie bin Amir, seorang panglima Islam yang hebat.
“Ssungguhnya Allah membangkitkan kita untuk mengeluarkan manusia dari perhambaaan sesama manusia kepada penghambaan kepada Allah daripada kezaliman anut-anutan kepada keadilan Islam dan dari kesempitan dunia kepada keluasannya.
“Oleh itu anak muda mesti bangkita memerdekakanrakyat dari penjajahan minda dan kehidupan oleh pihak berrkuasa kepada kebebasan hak-hak kemanusiaan dan islam.”tegas beliau memetik kata-kata panglima Islam itu.
Ustaz Mohd Nor juga merayu anak muda agar jangan mengisikan kemerdekaan ini dengan kemaksiatan, penzinaan dan kejahatan.
“Musuh Islam gembira melihat anak muda rosak dan lalai ketika mereka boleh memperkasakan penguasaan mereka untuk membolot kekayaan rakyat dan melakukan kezaliman.
“cukuplah kita penuhi paparan kehidupan dengan jenayah , gejala sosial dan penyakit masyarakat keranan kita anak muda Islam yang mempunyai kemuliaan dan maruah.”seru beliau