Kembalikan Terengganu Kepada PAS , InsyaAllah Rakyat Akan Senang

1283

Oleh : Cikgu Mohamad Bakar

“Rakyat Negeri Terengganu akan senang apabila kerajaan pemimpinan UMNO Terengganu dijatuhkan dalam PRU ke-14 nanti, isnsyaAllah,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payong, Ustaz Mohd Nor Hamzah.

Beliau berkata demikian pada Forum Perdana di Program HARAP 3.4 yang diadakan di Pekan Kemasik pada 29 September 2016.

Ini kerana, katanya, rakyat Terengganu kini dalam kesusahan dan kepayahan hidup yang disebabkan oleh tadbirurus Kerajaan UMNO Terengganu yang tidak menfokuskan kepada isu-isu rakyat teramai.

Menurutnya, kebejatan ini khususnya dalam isu kos sara hidup yang semakin mencengkam dan isu peningkatan jumlah pengangguran yang disebabkan oleh penutupan operasi atau langkah-langkah mengurangkan tenaga kerja oleh syarikat- syarikat koperat besar dan kecil seperti PERWAJA, Eastern Steel dan sebagainya.

IMG_20160930_223449“PAS bersedia menawarkan penyelesaian isu-isu rakyat yang membelenggu penghidupan mereka.

“Oleh itu rakyat perlu bangkit menurunkan UMNO dari tampuk kuasa sekarang ini. Banyak lagi isu-isu rakyat yang tidak mendapat perhatian UMNO Terengganu seperti bayaran tol di LPT 2, hak milik telaga minyak, harga barang yang terus naik dan sebagainya,”jelasnya

Beliau berkata, berbagai-bagai rancangan untuk rakyat telah dilaksanakan seperti penutupan bayaran tol di Jambatan Sultan Ismail, bebas cukai pintu, pemberian geran tanah, pemberian tanah, pemberian RM1000 kepada pelajar yang akan melanjutkan pengajian di IPTA/IPTS dan banyak lagi jika mahu disenarai panjangkan.

“Itupun dalam keadaan penafian hak royati minyak oleh kerajaan pusat. Ini menunjukkan bahawa PAS mampu pentadbir negeri lebih cemerlang daripada UMNO,”tambahnya.

Beliau mengakhiri ucapannya dengan menyeru agar semua lapisan rakyat Terengganu menyokong PAS dalam PRU akan datang ini untuk menikmati hak – hak mereka yang sepatutnya mereka terima.

Ketika mengulas ucapan YB Ustaz Mohd Nor Hamzah moderator forum , ADUN Tepoh Ustaz Hishamuddin Abdul Karim menyatakan, begitu besar harapan rakyat Terengganu agar PAS Terengganu berjaya ke Wisma Darul Iman selepas PRU14 nanti.

“Inilah di antara mengapa PAS Terengganu mengadakan Program HARAP bagi menyebar luas maklumat-maklumat terkini kepada seluruh lapisan rakyat Terengganu agar pada PRU ke-14 nanti rakyat Terengganu menolak UMNO,”terang beliau.