Kembalikan Royalti Dan Pertahankan Hasil Wilayah Dan Kedaulatan Terengganu

765

Sekretarian Royalti ® – Kembalikan Royalti Terengganu merakamkan tahniah kepada seluruh rakyat Terengganu kerana telah menjalankan tanggungjawab untuk memilih pemimpin yang akan menerajui pemerintahan untuk lima tahun akan datang.

Dengan kemenangan barisan kepimpinan yang sama, bermakna Sekretariat ® “TERPAKSA” meneruskan perjuangan bersama  seluruh Rakyat Terengganu untuk terus menuntut hak Royalti yang sepatutnya di terima Kerajaan memerintah Terengganu. Namun perjuangan kali ini akan lebih mencabar apabila melibatkan perjuangan memastikan “Kedaulatan” iaitu Blok PM 307, BERTAM tidak diserahkan kepada Pahang.

Dalam isu Royalti, insyallah suatu kerangka perjuangan baru akan disusun dalam tempoh terdekat. Suatu “Brainstorm” perjalanan 5 tahun akan dibuat bagi memastikan kali ini seluruh rakyat Terengganu akan tahu, faham serta jelas berkaitan dengan isu Royalti ini. Kita mahu perjuangan menuntut Royalti akan difahami oleh seluruh lapisan rakyat iaitu  Perjuangan ® adalah perjuangan Rakyat dan bukannya mana-mana parti politik kerana yang akan mendapat kebaikan adalah kerajaan memerintah Terengganu dan rakyat Terengganu itu sendri.

Sekretariat ® juga bersetuju tanpa berbelah bagi untuk melantik YM Datuk Raja Bahrin Shah sebagai ikon perjuang ® di peringkat Parlimen kerana selain beliau adalah ahli Parlimen bagi kerusi Kuala Terengganu, beliau juga merupakan Timbalan 3 Sekretariat ® negeri Terengganu. Insyallah, kami sangat menaruh harapan YM Datuk Raja akan memperjuangkan habis-habisan di mana ada ruang dan peluang dalam isu ® di Parlimen nanti.

Dalam isu Royalti ini juga, Sekretariat ® komited untuk terus mendesak bakal MB yang akan mengangkat sumpah esok untuk memastikan Kerajaan Negeri yang akan dibentuk dalam sikit masa lagi untuk “kembali ke pangkal jalan” dengan menyaman semula Petronas dan kerajaan Persekutuan kerana hak Royalti adalah Hak dan maruah Rakyat Terengganu, jangan kerana “perjanjian politik” untuk kepentingan peribadi seseorang, Hak dan Maruah anak Terengganu digadaikan.

Dalam isu Blok PM 307, BERTAM Sekretariat ® sangat berharap kepimpinan yang akan dibentuk terus bertegas mempertahan dan memperjuangkan  hak kita kerana sepertimana semua tahu, jelas terbukti bahawa blok tersebut berada di bawah “jajahan takhluk” Kerajaan Terengganu. Mereka kena ingat, Terengganu Darul Iman ada Sultan yang memerintah, jangan dihina Kesultanan Terengganu. Kita khuatir Rakyat akan bangun memberontak sekiranya Sultan kami dihina, tanah kami dijajah.

Enam bulan yang telah berlalu merupakan ‘warming up’ Sekretariat ®. Perjuangan sebenar kami baru bermula. Kami beriltizam untuk meneruskan perjuangan mengembalikan Royalti Rakyat ini sehingga kami mencapai kejayaan, tidak kiralah berapa lama masa yang akan diambil.

“ KEMBALIKAN HAK, MARUAH DAN KEDAULATAN RAKYAT TERENGGANU ”

MOHAMAD FAUZI ABU SAMAH
PENGERUSI R TERENGGANU
Jumaat; 10  Mei  2013