Terengganu, Malaysia

Kemaman Dapat NYDP Baru

Kemaman Dapat NYDP Baru

OLeh : M. Tishaah

KEMAMAN – Penyandang Ustaz Alias Abdul Hamid menang tanpa bertanding untuk jawatan Yang Dipertua PAS kawasan Kemaman bagi sessi 2015/2017 pada Mesyuarat Agong Tahunan kawasan ini kali ke-55 di sini pagi tadi.

IMG-20150418-WA0173Turut menang tanpa bertandiing ialah Ustaz Nik Mohd Nasri Nik Malik sebagai Timbalan Yang Dipertua dan Haji Zulkifli Mat Yakim sebagai Naib Yang Dipertua yang baharu.

Perasmian mesyuarat telah disempurnakan oleh Pesuruhjaya PAS Terengganu Ustaz Satiful Bahri Mamat, menggantikan Presiden PAS Dato’ Seri Abdul Hadi Awang yang menghadiri Kongres Profesional Muslim di Kuala Lumpur.

IMG-20150418-WA0170Sementara itu, sebahagian besar Ahli-ahli Jawatankuasa kerja sessi lepas telah menang tanpa bertanding termasuk tambahan dua orang yang dipilih perwakilan iaitu Ustaz Haji Jusoh yang tidak mempertahankan jawatan Naib Yang Dipertua dan Mohd Hafiz Adam.

Antara mereka ialah Johan Ismail, Roslan Endut, Amri Mamat, YB Hanafiah Mat, Ir. Saiful Azmi Suhaili, Mahadi Mahmood, Zawawi Mohamad, Halfian ahmad, Maznan Chik, Osamarizal Omar, Ustaz Suhaimi Sahidin, Hajjah Rohasni Husin dan dua orang muka baru iaitu Othman Abdullah dan Nik Rahim Nik Yahya.

PAS Kemaman juga mengekalkan ketiga-tiga ketua sayap parti sessi lepas iaitu Ustaz Ramlan Mahmood bagi Dewan Pemuda, Ustaz Ali Mohd bagi Urusan Ulamak dan Ustazah Fainah Mat bagi Dewan Muslimat.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan