Kem Solat Bimbing Remaja

2709

Oleh : Khalid Abdullah

KEMAMAN – PAS sentiasa prihatin masa depan remaja dan melaksanakan pelbagai aktiviti mendidik golongan tersebut menjadi warga yang cemerlang.

Ketua Muslimat PAS Cawangan Kerteh, Seriah Samsuddin berkata antaranya adalah penganjuran Kem Solat Remaja Muslimat 2017.

Katanya, kem tersebut berjaya membimbing hampir 30 peserta untuk melakukan ibadat solat dengan betul dan sempurna.

“Remaja muslimat bersama kita pada hari ini dibimbing untuk berwuduk, menguasai bacaan dan melakukan pergerakan fizikal semasa bersolat,

“Bila solat mereka sempurna, jati diri menjadi tinggi dan nescaya mampu menempuh kehidupan di zaman yang mencabar ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika di temui pada Kem itu yang dianjurkan Muslimat PAS Cawangan Kampung Baru, Kertih di Pasti Ar-Rahman Kampung Baru pada Ahad 20 Mac.

Beliau berkata, objektif utama kem selama sehari itu adalah untuk membentuk keperibadian unggul remaja muslimat dengan menunaikan solat dengan betul.

Menurutnya, lebih 30 peserta dari kawasan sekitar menyertai kem tersebut.

Katanya, kem solat itu dikendalikan oleh Ustazah Noraini Hassan dari Lajnah Tarbiah Dewan Muslimat PAS Kemaman dan dibantu oleh empat orang ahli jawatankuasa muslimat cawangan sebagai fasilitator.