Terengganu, Malaysia

Kem ‘Smart Solehah’ Bentengi Anak Muda Dari Gejala Sosial

Kem ‘Smart Solehah’ Bentengi Anak Muda Dari Gejala Sosial

Oleh : NHA

“Cahaya Islam akan sentiasa bersinar. Anak-anak muda generasi pelapis adalah penerus perjuangan jika di didik dan usaha berterusan kita mentarbiyyah mereka dengan ajaran Islam yang sebenar,” ujar Puan Hajjah Zarani Othman, sejurus merasmikan penutup Kem Smart Solehah anjuran Ameerah Kawasan Marang petang Sabtu 30 Mei.

DSC_1838 (2)Kem yang berlangsung selama tiga hari, pada 28-30 Mei di Pasti Al Busyra, Pengadang Baru itu merupakan program julung kali Ameerah Marang bagi mengumpulkan anak muda perempuan di dalam satu program ilmu.

Penyertaan seramai 75 orang remaja perempuan daripada kesemua dun di Marang itu merupakan suatu kejayaan yang memberangsangkan.

“Tahniah saya ucapkan pada pihak penganjur di atas kejayaan ini. Saya mengharapkan agar lebih banyak lagi program menarik untuk memberi kefahaman kepada anak-anak muda tersebut,” tambah Hajjah Zarani yang juga Ketua Muslimat Kawasan Marang.

Menurut beliau lagi, program susulan perlu sentiasa diadakan supaya dapat menghasilkan ‘kader-kader’ yang berilmu dan cemerlang sahsiahnya.

IMG-20150531-WA0003Katanya, orang muda sekarang ini diuji dengan pelbagai gejala sosial yang membimbangkan, sudah tentu ilmu dan iman lah menjadi benteng kepada mereka daripada terjerumus ke lembah kehinaan.

Antara pengisian kem tersebut adalah kuliah berkaitan aqidah, akhlak, ibadat dan fiqh wanita.

Acara kemuncak “Explorace” merupakan daya penarik kem kerana mencabar kemampuan fizikal dan pemahaman para peserta sepanjang kem tersebut.

Sementara itu, Ketua Ameerah Marang Puan Asma Abdullah, begitu teruja dengan kejayaan kem ini.

IMG-20150531-WA0007“Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Terima kasih kepada semua pihak, terutamanya Muslimat yang banyak memberi bantuan dan sumbangan fikiran dan kewangan bagi menjayakan kem ini.

“Tidak dilupakan juga penghargaan kepada urusetia program yang memberikan khidmat yang terbaik untuk menjayakan kem ini. Semoga segala amal kebaikan ini diterima oleh Allah SWT,” ujar beliau.

Beliau juga akan memastikan program dakwah turun kepada masyarakat akan lebih kerap diadakan supaya Ameerah lebih dekat di hati mereka.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan