KEMAMAN – Amat malang apabila Menteri Besar negeri Terengganu Dato’ Seri Ahmad Razif Abdul Rahman mengatakan hanya 40 orang sahaja fakir miskin di negeri ini.
Ahli Dewan Undnagan Negeri (ADUN) Chukai Haji Hanafiah Mat berkata, kenyataan Razif itu menyerlahkan seolah-olah MB tidak mempunyai keprihatinan untuk membela nasib orang miskin.


“berikan kepada mereka yang berhak supaya mereka dapat keluar daripada kemiskinan,”tegasnya
Beliau berkata demikian selepas membantu anggota Pemuda PAS Geliga membaiki atap sebuah rumah yang bocor di Taman Perwja dekat sini pada Ahad 13 Disember.
Menurut Hanafiah, beliau dimaklumkan oleh Ketua PAS Cawangan Perwaja Khairul Haji Mohamad akan masalah yang dihadapi oleh seorang ibu tunggal di taman tersebut.
Khairul ketika ditemui berkata, Meriam bt Muhammad, 51, seorang pekerja pembersih sambah di bandar Chukai, datang ke rumah beliau, mengejutkan beliau dari tidur pada jam 5 pagi.
“pukul 5 pagi saya dikejutkan oleh ahli kluarga ibu tunggal tersebut kerana anak perempuannya mengalami sesak nafas………setibanya di rumahnya saya dapati air hujan penuh membasahi ruang tamu rumah dan bilik,
“tadahan baldi, besen dan botol tidak dapat menampung air hujan, jadi saya memaklumkan kepada YB Chukai,”jelasnya.


Sehubungan itu, Haji Hanafiah telah meminta kerjasama dari Pemuda cawangan Geliga dana tap yang bocor dapat diganti.
“Pagi itu saya bersama lima anggota Pemuda PAS (Cawangan) Geliga terus ke rumah tersebut bagi membaki kerosakan,
“dan alhamdulillah dengan semua barang gantian disumbang oleh seorang kontraktor, kini Meriam tidak perlu tidur dalam kesejukan lagi,”tambah Hanafiah.




























