Saya ingin menegaskan bahawa Kongres Rakyat tidak terlibat sama sekali dengan himpunan yang akan diadakan pada 27 Mac 2016 yang diselaraskan oleh Datuk Zaid Ibrahim.
Kekeliruan timbul apabila penganjur himpunan tersebut turut menggunakan nama kongres rakyat.
Meskipun Kongres Rakyat sebagai sekretariat yang telah menyatukan sekitar 200 ngo ini begitu komited memperjuangkan
hak rakyat dan merencana kebangkitan dan perubahan ke arah membina Malaysia sejahtera, namun orientasi, objektif dan matlamat Kongres Rakyat sangat berbeza berbanding himpunan 27 Mac 2016 yang diselaraskan oleh Datuk Zaid Ibrahim.
Kongres Rakyat akan meneruskan jelajahnya ke seluruh negara bagi mendengar rintihan dan menyatukan suara rakyat serta meledakkannya sebagai sebuah gerakan perubahan ke arah membina Malaysia Sejahtera melalui pendekatan dan format gerakkerja yang tersendiri, melunasi prinsip sistem demokrasi yang tidak menyanggahi syariat Islamiyah.
Membina Malaysia Sejahtera.
Haji Azmi Abdul Hamid
Pengerusi Kongres Rakyat.











