Kehilangan RM4.3 Bilion Duit Felda, Perdana Menteri Perlu Beri Penjelasan Segera

6321

Pendedahan terkini yang mengundang pertanyaan Pengerusi Felda sendiri, Tan Sri Shahrir Abdul Samad mengenai ke mana duit Felda RM4.3bilion adalah satu pengesahan dakwaan kami sebelum ini terhadap Felda di bawah pengurusan Pengerusi Felda sebelum ini.

Kami mendesak Perdana Menteri Malaysia , YAB Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak membuat penjelasan dengan kadar SEGERA bagi memberi gambaran sebenarnya apakah yang telah terjadi dengan sejumlah nilai yang sangat besar melibatkan duit FELDA.

Sewajarnya Rakyat Malaysia dan warga Peneroka Felda diberi maklumat untuk mengelak skandal berterusan sehingga keyakinan warga Felda terhadap Felda dan kerajaan hilang dan bertidak diluar batas perundangan negara. Isu ini kehilangan demi kehilangan duit Felda mestilah dihentikan dan diambil tindakan segera terhadap siapa juga individu terbabait tanpa mengira kedudukan politik dan kerajaan.

SPRM juga perlu diberi ruang seluasnya menyiasat kehilangan RM4.3 bilion ini dengan sebebasnya agar isu ini diselesaikan dengan kadar segera tanpa apa-apa gangguan dari mana-mana pihak. SPRM juga perlu memberi pencerahan berkaitan kes ini dari semasa ke semasa kepada rakyat Malaysia.

Sekian.
Naraza Muda
Pengerusi Hal Ehwal Felda PAS Pusat
12 Febuari 2017