Kecaman Terhadap Pembukaan Kedutaan AS di Baitul Maqdis

1183

Asian Federation of Muslim Youth (AFMY) mengecam sekeras-kerasnya pembukaan kedutaan Amerika Syarikat di Baitul Maqdis, menandakan pengiktirafan sebagai ibu kota negara haram Israel. Majlis pembukaan ini telah diadakan beberapa hari sebelum menjelangnya bulan suci Ramadhan 1439H.

Pemindahan kedutaan ini telah meletuskan kemarahan ummat Islam di Gaza yang selama ini telah dinafikan hak kebebasan di bumi Baitul Maqdis. Israel telah mengadakan sekatan darat, laut dan udara ke atas bumi Gaza selama lebih satu abad, menyebabkan kawasan itu terputus keperluan dan menyebabkan penderitaan rakyatnya.

Setakat kenyataan ini ditulis, sudah 62 rakyat Palestin yang terkorban dan hampir 2000 lagi yang tercedera. Lebih menyayat hati apabila salah seorang mangsa yang terkorban ialah bayi berumur 8 bulan bernama Laila Anwar al-Ghandour, yang terbunuh sewaktu Ulang Tahun ke-70 hari pemperingati peristiwa An-Nakbah.

Kecaman keras juga ditujukan kepada 33 negara yang menghantar perwakilan mereka ke majlis pembukaan kedutaan tersebut, di sebalik resolusi Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) pada 21 Disember 2017 yang menolak pengisytiharan Baitul Maqdis sebagai ibu negara Israel.

Negara umat Islam sepatutnya menunjukkan reaksi keras terhadap kebiadapan ini seperti mana yang ditunjukkan oleh Turki yang memanggil pulang dutanya di Washington dan Tel Aviv serta mengarahkan diplomat Israel di Turki untuk pulang ke negara asal mereka.

Jihad mempertahankan bumi Palestin adalah suatu yang akan berkekalan sehingga hari Qiamat. Ramadan yang tiba ini seharusnya menyedarkan umat Islam menyemarakkan semula semangat jihad dan membantu Palestin melalui doa, sumbangan kewangan yang tidak terputus, serta sebaran melalui pelbagai bentuk media.

Dr Abdul Muntaqim Abu Bakar
Setiausaha Agung
Asian Federation of Muslim Youth (AFMY)
18 Mei 2018 / 2 Ramadan 1439H
==================
Statement of Asian Federation of Muslim Youth (AFMY)

Condemnation of US Embassy Opening in Baitul Maqdis

The Asian Federation of Muslim Youth (AFMY) strongly condemns the establishment of the US embassy in Baitul Maqdis, thus acknowledging the territory as the capital city of the illegal state of Israel. The ceremony was held just a few days prior to the holy month of Ramadhan 1439H.

The establishment of the embassy has triggered the outrage of the Muslim in Gaza which has been denied the right of freedom in their own land. Israel are responsible for the restrictions over land, sea and air in Gaza for more than a century, causing the massive shortage of their necessities and worsening the suffering of its people.

So far, up to 62 Palestinians have died and almost 3,000 were injured. It is even more devastating as one of the victims died was the 8-month-old baby named Laila Anwar al-Ghandour, who was killed during the 70th Anniversary of the An-Nakbah event.

We call for the international community to denounce the 33 countries sending their delegates to the opening ceremony of the embassy, ​​despite the United Nations resolution on 21st December 2017, which rejected the declaration of Baitul Maqdis as the capital of Israel.

The Muslim countries should follow the resolute reaction as shown by Turkey who called home their delegates in Washington and Tel Aviv as well as ordered Israeli diplomats in Turkey to return to their own country.

Struggle of the Palestinians to defend the land is the one that will last until the day of Qiamah. This holy month of Ramadan should be a platform for Muslims to rejuvenate the spirit of jihad and aiding the Palestinians through du’a in prayers, continuous financial support, and the dissemination of information through various forms of media.

Dr Abdul Muntaqim Abu Bakar
Secretary-General
Asian Federation of Muslim Youth (AFMY)
18th May 2018/2nd Ramadan 1439H