Kebimbangan Projek Jambatan Boleh Angkat “Drawbridge” Di Muara Sungai Terengganu Menyempitkan Laluan Kapal Kini Kelihatan Benar

4980

Saya telah banyak kali menulis berkenaan pentingnya penelitian dibuat berhubung projek drawbridge ini termasuk rekabentuknya agar tidak mematikan secara kekal warisan maritim yg membentuk legasi sejarah kuala Terengganu ini.

IMG-20150724-WA0115Sekitar tahun 2002-2005 kerajaan telah berbelanja sekitar RM500juta bagi projek memperdalamkan laluan pelayaran “navigation channel” beserta benteng pemecah ombak di utara dan selatan yg paling besar di pantai timur semenanjung bagi tujuan melindungi laluan tersebut.

Kesemua kertas kerja awal berkaitan projek berkenaan bertujuan merealisasikan kepentingan memajukan industri maritim, perikanan, shahbandar, pelancongan dan lain lain yg berkaitan.

Malangnya pelaburan itu musnah dengan kerja kerja penambakan yg tidak dapat dipastikan sama dibuat kajian teknikal dan daya maju yg sepatutnya.

IMG-20150724-WA0117Akibatnya pemendapan pasir menjadi teruk. Ketika air surut (low tide) dapat dilihat beting2 pasir yg besar dan panjang melintang ditengah sungai terutamanya di hadapan Jeti Perikanan di Pulau Kambing.

Saya berbual dengan jurimudi bot ikan yg memberitahu kena ikut ikut giliran untuk masuk dan susun bot kerana takut bot terkandas pada beting pasir.

Keadaan mungkin masih agak dalam di bukaan muara yg membolehkan kapal2 yg lebih besar dari jenis kapal2 offshore untuk petroleum dan gas masuk ke muara bagi tujuan perbekalan, freshwater, diesel, makanan, bahan dan kelengkapan. Ini termasuk kerja2 selenggaraan, pembaikan dan pembinaan.

Namun begitu, pembinaan drawbridge yg sedang berjalan sudahpun menunjukkan tanda tanda awal ancaman kepada kegiatan maritim yg melibatkan majoriti orang2 melayu ini dengan nilai ekonomi ratusan juta setahun.

IMG-20150724-WA0118Beberapa foto yg diterima dari pelbagai sumber menunjukkan dengan jelas batang batang cerucuk piling yg akan membentuk struktur asas jambatan.

Setiap pemilik kapal merungut tentang betapa bahayanya laluan ini kerana sangat sempit.

Jabatan Laut Semenanjung Malaysia Wilayah Timur, Shah Bandar, Kastam, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Polis Marin, Tentera Laut Di Raja Malaysia, Jabatan Perikanan, LKIM, pemilik pemilik bot, berpuluh limbungan dan slipway besar, kecil dan sederhana dan berbagai lagi.

Sedangkan ketika projek memperdalamkan muara dulu telah diperjuangkan dengan begitu bersungguh sekali kepentingan mempunyai bukaan muara sebesar 100 meter kerana Muara Sungai Terengganu bukan kepalang potensi ekonominya.

IMG-20150724-WA0119Saya tak pasti apa yg ada didalam pemikiran mereka yg bertanggungjawab. Yang pasti sekali lagi kita bagai anak yg tidak tahu menghargai warisan pusaka yg diterima dari kegemilangan lalu.

Ada anak yg menerima warisan, maka dikembangkan agar menjadi lebih berdaya maju.

Ada jenis anak yg mahu kekalkan warisan, biarkan ia kekal dengan keasliannya sebagai nostalgia untuk kenang kenangan. Bawa masuk muzium sebagai bahan cerita.

Ada jenis anak, tidak menghargai langsung warisan. Asal ada ruang untuk keuntungan material jangka pendek, sanggup musnahkan warisan.

HJ AHMAD AMZAD HASHIM
Ketua Penerangan PAS
Kuala Terengganu
24hb Julai 2015