Kebap Sempurnakan Korban Di Kampung Chnang dan Kampung Thom

1142

KUALA TERENGGANU – Kelab Kakitangan Badan Perhubungan PAS Terengganu (KEBAP) telah menganjurkan ibadah korban bersempena Eidul Adha pada tahun ini bagi membantu umat Islam di Kemboja.

Pengerusinya Ustaz Zakaria Dagang berkata, misi tahun ini berjaya mengumpulkan sejumlah 26 ekor lembu dan disempurnakan penyembelihannya di Kampung, Chnang dan Kampun Thom.

IMG-20150924-WA0100“Alhamdulillah, Misi Qurban Kemboja Kebap 1436H telah berjaya disempurnakan sebanyak 26 ekor di Kampung Chnang dan Kampung Thom pada hari raya pertama.

“Rombongan Kebap disertai lima orang anggota tiba di Kemboja semalam dan diraikan penduduk Kampung Krasah Temei, Wilayah Kampung Chnang,”katanya melalui mesej yang dihantar menerusi aplikasi Whatsapp.

Menurutnya, delegasi Misi Korban Kebap telah menunaikan solat sunat ‘Eidul-Adha di Masjid Krasah Temei bersama penduduk kampung dan sekitarnya.

Katanya, amanah rakyat Malaysia yang memberikan perbelanjaan bagi bahagian lembu korban masing-masing telah ditunaikan seusai solat.

“Seusai solat dan sarapan pagi, kami memulakan acara penyembelihan korban dan aqiqah yang diamanahkan kepada kami oleh rakyat Malaysia, Daging-daging itu kemudiannya diagihkan kepada kampung-kampung sekitar,”jelasnya.

Sehubungan itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah menyokong usaha Kebap melaksanakan ibadah korban dan di Kemboja itu.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyertai ibadat korban melalui Kebap pada julung kali ini. Diharap pada masa hadapan lebih banyak lagi penyertaan untuk kami laksanakan, in shaa Allah,”tambah beliau