Kaum Tionghua Masih Selesa Menyokong PAS

1872

Oleh : Khalid Abdullah

KEMAMAN – Golongan peniaga Tionghua  yang menjalankan aktiviti perniagaan mereka di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemasik masih selesa dengan PAS.

Walaupun pelbagai momokan dan tohmahan oleh musuh PAS dari MCA dan DAP, namun mereka menyambut kedatangan petugas parti Islam itu dengan begitu baik.

Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional (LPN), Dewan Muslimat PAS Kemaman, Rohana Muda menyifatkan, hubungan PAS dengan kaum itu semakin mesra.

“Alhamdulillah, seperti tahun-tahun lepas mereka sangat teruja menerima kunjungan dan ‘sporting’ (memberi layanan baik) bila kita ajak bergambar dan pegang kad yg kita hadiahkan,

“ucapan terima kasih….. yang tidak terhingga tidak lepas dari mulut mereka sebagai menghargai kedatangan kami,”ujarnya ketika ditemui.

Beliau berkata demikian selepas mengetuai rombongan seramai 12 ahli jawatankuasanya menyantuni masyarakat Tionghua di sekitar Kertih petang semalam, Rabu 25 Januari.

Menurutnya, kemesraan yang sedia terjalin bertambah intim, menjelang perayaan Tahun Baru Cina yang akan disambut oleh masyarakat Cina pada 28 Januari, dua hari lagi.

“Reaksi positif yang ditunjukkan ini adalah petanda bahawa kaum Tionghua masih setia menyokong PAS dalam pilihan raya akan datang,

“kita amat yakin!,”tegas beliau.

Turut sama dalam kunjungan 16 buah premis perniagaan kaum Tionghua itu ialah Pemuda PAS DUN Kemasik, Ir Saiful Azmi Suhaili.