Kita mesti menerima hakikat pemikiran karpal singh yang bercorak sekularisma yang bercirikan pemisahan agama daripda politik. Kemungkinan itulah pengajaran agama karpal singh. Kita juga perlu menyedari hakikat bahawa Karpal memang tidak tahu menahu tentang Islam.
Jika dia menentang Islam dan syariat Islam, TIADA yang pelik pada diri karpal. Kita hormat kebebasan beragama, berfikir dan bersuara sebagaimana kita menghormati Karpal sebagai insan tua yang lanjut usianya.
Jika Karpal berfikir demikian, ia lebih kurang sama dgn pemikiran pemimpin-pemimpin Umno yang sentiasa memisahkan agama dari politik, prmerintahan dan kenegaraan.
Karpal Singh tidak memahami hakikat Islam dan pengajarannya kerana terpengaruh dengan propaganda dan dakyah serta sikap pemimpin-pemimpin dan ulama Umno tentang Islam.
Pemimpin Umno dan NGO Nasionalis yang radikal menakut-nakutkan Karpal tentang parti yang berjuang berteraskan Islam, di masa yang sama Umno menggambarkan sikap dan perangai parti yg bercorak perkauman yang sentiasa agresif dan biadab serta mengenepikan keadilan dalam hubungan etnik.
Rupa umno yg bertopeng Islam tapi berperangai nasionalis dan bersikap si zalim telah mencorakkan senario politik yang boleh mengundang huru hara, telah mencetuskab perasaan fobia terhadap Karpal.
Umno pernah cuba mengambil peluang untuk mengharamkan penggunaan Islam dalam pertubuhan sehingga mufti-mufti Malaysia terpaksa bersidang untuk mengakui kehendak Umno tapi ditolak oleh mesyuarat Raja-raja Melayu.
Sewajarnya pemimpin PR termasuk karpal Singh mesti memahami hakikat Islam dari sumber yang baik dengan dailog dan perbincangan.
Jika Karpal Singh tidak bersedia memahami perjuangan parti-parti yang menjadi rakan dalam PR, MAKA Karpal sebenarnya sudah ketinggalan jauh daripada senario politik generasi X dan Y.
Sewajarnya pemimpin DAP Mengingatkan Karpal Singh tentang senario politik masa kini yang tidak sesuai dengan pemikirannya yang radikal dan percakapannya yang tiada nilai harmonis.
Memang PAS berlepas diri daripada pemikiran dan pandangan Karpal Singh………!
YB Ustaz Mohd Nor Hamzah
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payong
Terengganu Darul Iman



























