Karnival Teluk Pasu Pupuk Hubungan Akrab Kaum Hawa

1206

Oleh : Nooreni Abu Bakar

KUALA TERENGGANU – Kecantikan adalah anugerah Allah kepada hamba wanitanNya, namun Islam tidak memandang kecantikan secara tingkah laku zahir sahaja tetapi merangkumi apa yang terkandung didalam hati.

Karnival Wanita Teluk PasuDari situlah timbulnya rangkai kata ‘Cantik dihati, Indahlah dimata’ yang menjadi tema Karnival Wanita Dewan Undangan Negeri (DUN) Teluk Pasu.

Pengarah Program, Puan Tuan Roslina Tuan Sulaiman dengan rasa terharu berkata “Semua objektif yg telah digariskan telah dapat dicapai dan sasaran pengunjung juga amat membanggakan”.

Beliau yang juga Ketua Muslimat DUN Teluk Pasu menambah, objek utama untuk memupuk ukhuwah dan hubungan akrab dikalangan kaum Hawa dalam DUN itu berjaya dicapai.

“Objektif kita mengadakan Karnival ialah untuk memupuk dan membina hubungan yang akrab dan mesra diantara muslimat PAS dengan masyarakat terutama golongan wanita dalam DUN Teluk Pasu,

“disamping dapat menyalurkan informasi dan ilmu pengetahuan kepada golongan sasar bagi meneruskan kehidupan semasa dan selepas kematian suami atau berlakunya perceraian,”jelasnya.

IMG_20151026_202107Beliau yang juga isteri kepada ADUN Tluk Pasu Ustaz Ridzuan Hashim berkata, Karnival yang berlangsung selama dua hari itu, pada 23 dan 24.Oktober di isi dengan berbagai acara kemasyarakatan.

Katanya, selain menyampaikan bantuan kepada golongan yang memerlukan untuk meringankan bebanan kehidupan, para peserta diberi bimbingan bagi menjana pendapatan melalui peluang-peluang perniagaan.

“program ‘Bicara Undang-undang dan Hak Wanita’ adalah program berinfomasi yang diadakan selain dari program kebajikan sepeti derma darah dan pemeriksaan kesihatan, program rekreasi termasuk sukaneka serta gubahan dan masakan,

“aktiviti hiburan alternatif juga diadakan termasuk persembahan nasyid dan bercerita,”ujarnya.

IMG_20151026_201957Ramai pengunjung yang ditemui pada Karnival tersebut memuji usaha Hal Ehwal Muslimat PAS (HALWA) DUN Teluk Pasu yang berjaya menganjurkan program tersebut buat julung kalinya.

Bahkan, Untaian Ukhwah, 24, yang datang dari luar kawasan menyarankan agar acara seumpamanya diadakan di kawasan-kawasan lain

“Pada pendapat saya karnival wanita ini sangat bagus dan sesuai untuk seisi keluarga. Sepatut diadakan lagi di masa akan datang (di tempat yang berbeza),

“dan penuhi lagi dengan program yang lebih menarik,”saran beliau yang datang dari Kampung Losong Kuala Terengganu.