Karnival Maulidur Rasul Bermanfaat

1656

Oleh : Adli Mohamad

DUNGUN – Program Karnival Maulidur Rasul di Peringkat Parlimen Dungun, amat bermanafaat kepada seluruh masyarakat.

Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, penduduk khususnya di Dungun, mendapat pendedahan dan penerangan tentang sirah Rasul serta isu semasa.

“Program berkenaan sudah tentu akan menyemarakkan semangat mencontohi Rasulullah agar dapat dihayati serta dicontohi oleh segenap lapisan masyarakat.

“Suri keteladanan yang relevan untuk dicontohi sepanjang zaman, dalam membentuk keperibadiaan diri yang baik,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa hadir pada program berkenaan baru-baru ini.

Menurutnya, segala kepincangan yang berlaku pada masa kini, kerana gagal mencontohi Rasulullah, dalam segenap ruang kehidupan.

“Pada sambutan Maulidur Rasul pada kali ini, marilah sama-sama kita kenang kembali perjuangan Baginda.

“Yang telah menintakan sejarah agung. Kerana perjuangan Baginda, kita pada masa kini menikmati cahaya Islam.

“Perjuangan kita pada hari ini, adalah agar Islam yang syumul dikembalikan pada pemerintahan negara, agar pemerintahan yang adil, telus dan saksama dapat dijayakan.

“Dan itulah hasrta kerajaan Negeri Terengganu berdasarkan slogan Terengganu Berkat, Maju dan Sejahtera,” jelas beliau.

Sehubungan itu beliau mengharapkan agar masyarakat tidak lepaskan peluang untuk hadir pada setiap malam mengikuti segala program yang bermanafaat.

“Yang menariknya pada setiap malam, diadakan cabutan bertuah iaitu sebiji motorsikal untuk dimenangi pada setiap malam.

“Tahniah kepada Ahli Parlimen Dungun, Ustaz Wan Hassan kerana merealisasikan program sebegini, yang berlangsung dari 16 sehingga 20 November,” ucapnya.