Oleh : Shafira
SETIU – Pelbagai aktiviti sukaneka untuk kanak-kanak, muslimin dan muslimat bukan sahaja telah berjaya mendapat tumpuan penduduk di sekitar Ddewan Undangan Negeri (DUN) Jabi bahkan merapatkan ukhuwah dan silaturrahim.


“Tujuan utama sukaneka yang berbentuk karnival ini adalah untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di antara satu sama lain,
“Selain itu juga untuk memberi kefahaman kepada orang ramai bahawa PAS bukan sahaja membuat program atau aktiviti hanya untuk sesama sendiri sahaja,


Antara acara sukaneka untuk kanak-kanak ialah tarik upih, baling pinang, memancing botol dan bagi muslimat pula, suasana ceria dengan musang berjanggut, kerusi beracun serta boling padang.
Bagi muslimin ialah gusti lengan, permainan dart, boling padang dan tarik tali.
Penyertaan menyeluruh dan menarik perhatian ramai apabila Pengarah MTD Jabi Dr Azman Ibrahim turut mengambil, ‘melempar buah nyior’ dalam acara boling padang.


Cuaca yang panas terik tidak menjadi alasan kepada semua peserta mengambil peluang untuk bersukan.
Walaupun pada awal petang Jumaat 23 Septemper agak lengang, namun semakin matahari melabuhkan cahayanya, Dataran PGU Jabi menjadi tumpuan ramai





























