KAMI Terbitkan Buku Pertama

1241

Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) Terengganu yang diasaskan dengan objektif untuk memperjuangkan media yang bebas, telus, adil dan berintegriti, mencatatkan sejarah dan kejayaan pertama dibidang penerbita apabila berjaya mengeluarkan sebuah ‘buku sulong’ terbitan Syarikat KAMI MANAGEMENT.

Buku tersebut akan berada di tangan pembaca menjelang pertengahan 15 November 2013.

KAMI MANAGEMENT adalah sebuah syarikat yang berasaskan kepada khidmat kepakaran professional dalam beberapa bidang yang didaftarkan di bawah KAMI Terengganu. Di dalamnya digabungkan tenaga mahir dalam bidang antaranya teknologi maklumat, pemasaran, event management, perniagaan, wartawan kanan, penulis, penerbit, pakar reka bentuk komputer serta petugas media.

kulit
Ironisnya semua anggota tersebut yang bergabung membentuk kepelbagaian fungsi adalah anggota KAMI Terengganu, aktivis pelbagai media.

Buku yang pertama diterbitkan ini adalah buah tangan dari Pengerusi KAMI Terengganu sendiri, Dr Azman Ibrahim. Catatan pengalamannya sebagai penuntut ilmu di bumi Iraq selama 6 tahun digabungkan dalam satu buku yang bercirikan catatan perjalanan, motivasi, pendedahan fakta sebenar, sejarah, pengalaman nyata dan pelbagai lagi. Ianya diberi tajuk ‘Travelog di Lembah Sungai Dajlah dan Furat, Catatan Pengalaman Nyata Seorang Penuntut Ilmu di Bumi Iraq’.

Satu lagi buku yang bakal diterbitkan adalah ‘Gaza dari sisi KAMI’ hasil catatan wartawan KAMI Sazali Mohd Noor dan Khairul AZlam Mohamad, berdasarkan kisah nyata perjalanan kedua-dua mereka yang mengikuti Misi Kemanusian Yayasan Amal Malaysia ke Bumi Gaza, Palestin pada awal tahun ini.

KAMI Terengganu sebenarnya meletakkan sasaran untuk berada sendiri di lokasi-lokasi bergolak ummat Islam bagi mendapatkan ‘first hand info’ dan mencungkil fakta sebenar di sebalik apa-apa sahaja tragedi yang menimpa ummat Islam. Keterbatasan KAMI sebagai sebuah NGO adalah sumber kewangan yang agak terhad tetapi ini tidak dijadikan satu faktor yang menghalang gerak kerja bagi perlaksanaan objektif penubuhannya.

NAZMI GHAZALI
KETUA URUSAN KOTRPORAT KAMI