KAMI Semakin Matang Mengharungi Cabaran

1327

KUALA NERUS – Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) Terengganu yang kini telah empat tahun berada di persada perjuangan media, menjadi lebih matang mengharungi cabaran, setelah ditubuhkan pada bulan Jun 2012.

Pengerusinya Dr. Azman Ibrahim, NGO tersebut mengharungi perit jerih dalam memnyampaikan berita kepada khakayak.

IMG_20160430_080033“Empat tahun KAMI di persada perjuangan media……….mengharungi perit jerih perjalanan demi menghadirkan kepada khalayak masyarakat suatu liputan pemberitaan yang adil, telus dan bertanggungjawab.

“Dalam tempoh tersebut, KAMI telah meredah benua, lautan, gurun pasir dan bukit bukau,”ujarnya ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Makan Malam Media di NR Cafe di Tok Jembal, di sini.

Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyampaikan ucapan dalam majlis yang turut dihadiri oleh Peseruhjaya PAS Terengganu adalah YB Ustaz Satiful Bahri Mamat

Sehubungan itu, Dr. Azman yang juga Ketua Lujnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Terengganu berkata, KAMI merentasi pelbagai medan dan melaporkan berita, dari aktiviti parti sehinggalah liputan konflik dan peperangan.

Bahkan kata beliau, kesemua medan ditempuhi anggota KAMI itu, adalah tanpa gaji dan imbuhan selaku orang media.

“Dari medan lokasi pelbagai program parti sehingga ke medan peperangan, misi kemanusian, liputan krisis, pembongkaran isu… di situ KAMI hadir untuk menjadi penghubung maklumat dan info terkini kepada masyarakat.

IMG_20160430_075332“Misi tidak bergaji dan tanpa sebarang imbuhan kewangan ini telah KAMI harungi dari pentas bumi Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, Sudan, Mindanao, Gaza, Yaman, Darfour, India, Pakistan sehingga ke bumi bergolak Afghanistan,”tegasnya

Justeru itu katanya, walaupun dalam usia sebegitu muda, kepayahan serta kesusahan yang dilalui telah mematangkan KAMI.

Beliau turut mengucapkan terima kasih dengan kehadiran para hadirin dan muhsinin pada jalins tersebut dan berkongsi sebahagian daripada perjuangan murni KAMI.

“terima kasih kepada para hadirin yang sudi bersama berkongsi sebahagian dari perjuangan murni ini……………perjuangan insan media seperti KAMI untuk mengangkat martabat agama Allah di persada jihad media.

“Sekalung penghargaan KAMI rakamkan untuk semua tetamu,”tambah beliau