“Kami Akan Bangkit Membantah Sehingga Nafas Yang Terakhir”

1628

Pengkebumian bagi jenazah para syuhada 17 orang yang dibunuh oleh tentera Israel ketika menyertai ribuan warga Palestin yang tertindas di sempadan Gaza dengan Israel, menandakan ulang tahun ke-42 Hari Tanah, baru bermula.

Di Semenanjung Gaza yang yang terkepung diadakan penghantaran pulang Sari Abu Odeh yang berusia 30 tahun menemui tuhanNya, lewat hari Jumaat.

Dia ditembak mati pada awal ‘pemghulu hari’ itu, selepas pasukan Israel menembak peluru hidup pada penunjuk perasaan dan menggunakan gas pemedih mata untuk mengusir mereka dari pagar pemisah.

Mereka yang hadir telah memulakan demonstrasi enam minggu yang dirancang menuntut hak kembali kepada pelarian, ke tanah tumpah darah mereka.

Menurut Kementerian Kesihatan Palestin, kira-kira 1,400 orang yang lain cedera dalam demonstrasi yang memperingati Hari Tanah yang mencatat sejarah berdarah.

Pada 30 Mac 1976, enam warga Palestin tidak bersenjata telah dibunuh oleh pasukan keselamatan Israel ketika mereka membantah keputusan pemerintah Israel untuk menguasai kawasan besar tanah milik Palestin.

Pada demonstrasi Jumaat kelmarin, Mohammed Najjar, 25, ditembak di dalam perut semasa pertempuran di timur Jabalia di Jalur Gaza utara, manakala Mahmoud Muammar, 38, dan Mohammed Abu Omar, 22, kedua-duanya ditembak mati di Rafah.

Antara mangsa lain ialah Ahmed Odeh, 19, Jihad Freneh, 33, Mahmoud Saadi Rahmi, 33, Abdelfattah Abdelnabi, 22, Ibrahim Abu Shaar, 20, Abdelqader al-Hawajiri, Sari Abu Odeh, Hamdan Abu Amsheh, Jihad Abu Jamous, Bader al-Sabbagh dan Naji Abu Hjair, yang umurnya tidak diketahui.

Terdahulu pada hari Jumaat, Omar Waheed Abu Samour, seorang petani dari Gaza, juga dibunuh oleh tembakan artileri Israel  ketika berdiri di tanahnya berhampiran Khan Younis, hanya beberapa jam sebelum demonstrasi.

Pengkebumian bagi selebihnya yang ‘gugur syahid’ ditetapkan untuk berlangsung sepanjang hari pada hari Sabtu.

Sebagai penghormatan kepada mereka yang terbunuh, hari Sabtu diisytiharkan sebagai “berkabung negara”.

“Sekolah, universiti, dan semua institusi kerajaan di seluruh Palestin akan dilancarkan pada hari Sabtu, adalah hari berkabung negara untuk jiwa syahid,” kata kenyataan yang dikeluarkan Presiden Mahmoud Abbas pada hari Jumaat.

Pusat Undang-undang Untuk Hak Palestin di Israel, ‘Aadalah’ mengutuk tindakan tentera Israel menggunakan kekerasan, dan menyifatkan sebagai “pelanggaran yang ganas” undang-undang antarabangsa.

“Tembakan secara langsung terhadap orang awam yang tidak bersenjata merupakan pelanggaran yang ganas terhadap kewajipan undang-undang antarabangsa bagi membezakan antara orang awam dan pejuang,” kata kumpulan itu dalam satu kenyataan.

Ia juga menyatakan bahawa pihaknya akan melancarkan siasatan untuk “menuntut mereka yang bertanggungjawab atas pembunuhan itu dibawa ke muka pengadilan”.

Yara Mahamid, pelajar dari Gaza memberitahu Al Jazeera, bahawa pencerobohan Israel tidak akan menghalang rakyat Palestin daripada terus memprotes.

“Kami datang untuk memperingati Hari Tanah kerana kita harus menghadapi keadaan [Israel].

“Kami keluar untuk mengingati syuhada kami dan menuntut semula pemilikan tanah kami, kami akan menentang sehingga nafas terakhir kami,

”kami tidak perlu berunding lagi, kami tidak sepatutnya melepaskan hak-hak kami,” tegasnya.

Hari Tanah tahun ini datang pada hari-hari kemarahan atas keputusan Presiden AS Donald Trump untuk memindahkan kedutaan Amerika ke Yerusalem.

Adalah dijangka AS akan memindahkan kedutaannya dari Tel Aviv ke Jerusalem dalam masa beberapa ketika bagi seluruh warga Palestin memperingati ‘Nakba’.

Hari bencana yang menimpa pada 15 Mei 1948, ketika Israel secara rasmi diisytiharkan sebagai negara dan lebih dari 750,000 rakyat Palestin diusir dari rumah mereka.