KUALA NERUS – Warga Kuala Nerus khususnya para penduduk Seberang Takir menyerbu Rumah Terbuka Eidul Fitri Ahli Parlimen, Dr. Ustaz Khairudddin Aman Razali, sebaik ia dibuka pada jam 2.00 petang.


Ustaz Khairuddin mengucapkan rasa syukur dengan kehadiran orang ramai dalam majlis sempena hari raya itu, yang pertama kali dibuat di kawasan kejiranan, rumah kelahirannya sendiri.


“saya harap semuanya dapat mengecapi juadah, mana-mana yang masih ada in sha Allah,”ujarnya ketika ditemui di Kampung Baru Seberang Takir pada Isnin, 20 Julai.
Beliau berkata dengan penganjuran majlis makan sempena Eidulfitri di kampungnya sendiri, beliau dapat bertemu mata dan berbual bicara dengan sanak saudara serta sahabat handai yang jauh dan dekat.


Beliau turut mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada para petugas, muslimin, muslimat dan pemuda yang menyumbangkan tenaga, bertungkus lumus menjayakan majlis tersebut.





























