Kalau macam Najib, ramai yang boleh jadi Perdana Menteri!

1057
http://www.buletinonline.net/images/stories/berita46/programalorserdang%20023.jpg

http://www.buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2011/04/programalorserdang%20023.jpgSETIU – Ramai ahli-ahli PAS adalah terdiri daripada golongan yang profesional dan mempunyai kelayakan akademik yang baik, yang mampu mengambil alih kepimpinan negara.

Menurut Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dato’ Ustaz Abu Bakar Chik, ramai yang silap kerana menganggap PAS tidak mempunyai sumber manusia untuk menawan Putrajaya.

Beliau berkata demikian dalam satu pertemuan dengan pesawah dan petani di Kampung Alor Serdang, disini semalam, 25 April.

Menurutnya, pemimpin Umno seperti Dato’ Seri Najib Razak sebenarnya tidak layak menjadi menjadi Perdana Menteri kerana tidak pandai mengurus dan tidak ambil peduli tentang kehidupan rakyat.

“Dato’ Najib nak betulkan (pentadbiran negara) macamana, orang (luar) masuk ke dalam (negara) Malaysia dia tak tahu,

“(sebagai) contoh, Altantuya yang kena bunuh, tidak ada satu rekod pun, di (Jabatan) Imigresen tak ada, di Kementerian Dalam Negeri tak ada, dekat (dalam rekod) polis tak ada,”tegasnya.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Terengganu berkata, Altantuya seolah-olah naik kapalterbang kemudian dibuang di atas bukit tempat ia dibunuh.

Oleh itu, menurutnya, Najib tidak layak menjadi Perdana Menteri kerana kalaulah pemimpin seperti Najib layak, maka ramai lagi orang lain yang lebih layak.

Justeru, beliau mengajak rakyat membuat perubahan, menukar kepimpinan negara ini dengan meolak Umno dan Barisan Nasional dalam pilihanraya umum yang akan datang.

Turut hadir dalam pertemuan itu adalah Ketua Penerangan PAS Setiu Dr Azman Ibrahim dan Yang DiPertua PAS Setiu, Ustaz Mohd Pauzi Muda

http://www.youtube.com/watch?v=-I2t3jUmBOQ&feature=channel_video_title