

Mahkamah Mesir telah menahan untuk anak dan menantu Yusuf al-Qaradawi, Pengerusi Kesatuan Ulama Islam Sedunia Yusuf al-Qaradawi kerana didakwa terlibat dengan keganasan.
Menurut sumber kehakiman yang dilaporkan agensi berita Anadolu, mereka yang ditahan pada hari Isnin lalu 26 Jun, dimaklumkan akan dibebaskan selepas 15 hari.
Namun begitu, maklumat terbaharu sumber tersebut menyatakan, Ola al-Qaradawi dan suaminya, Hisham Halet, akan kekal dalam tahanan.
Mereka dituduh menganggotai sebuah pertubuhan tidak sah, merujuk kepada Ikhwanul Muslimin yang telah diharamkan di Mesir.
Selain itu, mereka juga didakwa sedang merancang satu tindakan pengganas terhadap keselamatan dan institusi awam.
Peguam bagi keluarga tersebut, Ahmad Ebu Ala Madi berkata bahawa pasangan itu ditahan pada 23 Jun berhampiran Sahel al-Shamali di pantai utara Mesir, semasa mereka bercuti sempena hari raya Aidilfitri .
Mesir, bersama-sama dengan sekutunya Arab Saudi, Bahrain dan Emiriah Arab Emirates, telah memutuskan hubungan dengan Qatar pada 5 Jun lalu.
Kumpulan empat negara teluk Parsi itu telah menuduh Qatar menyokong keganasan.
Sebaliknya, empat negara yang mengemukakan tuntutan terhadap negara pengeluar gas utama dunia itu, tanpa menyertakan apa-apa bukti.
Kumpulan sekutu Arab tersebut telah turut menuduh 59 individu dan 12 badan amal di Qatar yang “dikaitkan dengan keganasan”.
Pihak Kementerian Luar Qatar melalui Menterinya Mohammed bin Abdulrahman Al Thani turut menyangkal dakwaan yang disifatkan tidak berasas dan hanya suatu fitnah semata-mata.
Senarai individu yang dituduh negara Arab itu, termasuk Sheikh Yusof al-Qaradawi, ahli lama Ikhwanul Muslimin.
Ikhwan yang ditubuhkan di Mesir, oleh tokoh dakwah dan gerakan Islam Hassan Al-Banna, menerajui kumpulan politik Islam yang tertua di dunia Arab.
Pada tahun 2012, Ikhwan telah menyokong pencalonan Mohamed Morsi, dan beliau telah dipilih dengan jayanya sebagai orang Mesir yang pertama dipilih secara demokrasi.
Namun Morsi telah digulingkan oleh satu rampasan kuasa terancang dengan pakatan tentera dipimpin oleh Abdul Fattah Al-Sisi, setahun kemudian.
Pemerintah Mesir kemudiannya menyerang dua kem bantahan dengan kekerasan menyebabkan ribuan rakyat Mesir terkorban, dan kemudian telah mengharamkan Ikhwan.
Ulama terbilang yang menjadi rujukan utama dunia, Sheikh Yusof telah berada dalam buangan dan tinggal di Qatar sejak tahun 1961.