Pembangunan Kerajaan Terengganu Tidak Memberi Impak Maksima

1751

Oleh : Khairul Nizam Abdullah

KUALA NERUS – Projek-projek yang dilaksanakan oleh kerajaan Umno Terengganu tidak memberikan impak maksima kepada rakyat, sebagaimana yang diharapkan.

Sesungguhnya, sebagai sebuah parti politik Islam, PAS tidak sekali-kali menentang sebarang pembangunan itu, tetapi ia mestilah mempunyai matlamat yang jelas, agar wang yang dibelanjakan tidak sia-sia.

Bendahari PAS Terengganu, M. Shukrimun Shamsuddin berkata, pembangunan mestilah ada matlamatnya supaya insya Allah, duit yang kita gunakan itu memberi impak yang maksima,

Antaranya adalah, kata beliau, pembinaan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Telaga Batin.

“Memanglah kita mahu sangat lapangan terbang itu dibesarkan untuk menampung keperluan yang akan datang,

“Tetapi sebuah negeri kecil di pantai timur bilakah agaknya lapangan terbang kita ini menjadi lapangan terbang yang bertaraf antarabangsa?,” soal beliau.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Kawasan Kuala Nerus di Padang Bola Batu Enam, pada Sabtu 1 Julai, disini.

Yang DiPertua PAS Kawasan Kuala Nerus itu berkata. walaupun ia satu keperluan masa akan datang namun tidak sampai masa lagi lapangan terbang tersebut diberi taraf antarabangsa.

“dengan harga yang sebegitu besar (mahal) dibelanjakan sangat tidak terpadan bilangan kapal terbang yang turun setiap hari dengan lapangan terbang yang disediakan tersebut,

“ini sudah tentu termasuk dalam hal-hal yang tidak memberi impak yang maksima sedangkan dari segi indek kemiskinan di Terengganu banyak lagi perkara yang perlu kita guna duit tersebut untuk menolong golongan yang kurang bernasib baik”, ujarnya.

Kata beliau lagi, pembesaran lapangan terbang itu boleh ditangguhkan kerana ada perkara yang lebih utama perlu dibuat.

“pembinaan lapangan terbang yang sebegitu besar agak tidak perlu malah boleh dikatakan ianya membazir,

“banyak lagi perkara pembangunan yang boleh memberi manfaat kepada rakyat Terengganu dan premis perniagaan berskala besar masih berkurangan,

“apakah perniagaan yang boleh kita lakukan di lapangan terbang. Sudah tentu tidak sama dengan pasar raya yang boleh menarik pengunjung untuk berbelanja di situ,” jelas beliau.

Beliau menambah, sesuatu yang tidak dapat diterima akal, apabila stadium yang dibina menggunakan tenaga luar dan didakwa mempunyai perancangan baik dari segi rekabentuk dan arkiteknya, boleh runtuh selepas setahun siap dibina.

“sudah tentu disana ada perkara-perkara tidak kena yang tidak laksanakan dengan betul , ada salah tadbir urus,

“bagaimana di setiap peringkat benda tu boleh diluluskan sehingga ianya tak sampai beberapa tahun pun telah mengalami keruntuhan”, soal Shukrimun lagi.

“jelas……… berlaku salah urus tadbir, pembaziran dan penyelewengan terhadap pembinaan stadium tersebut,” tegas beliau.

Oleh itu, beliau yang juga mantan Ahli Parlimen Kuala Nerus, mengharapkan agar dana negeri yang terhad ini, dimanfaatkan sebaik mungkin, faedahnya untuk kemudahan orang ramai.

“Kita fikir dahulu serta membuat perancangan yang betul supaya tidak berlaku pembaziran agar dapat memberi manfaat kepda rakyat samaada golongan pertengahan mahupun yang miskin untuk mengecap habuan negeri kita ini, insya Allah,” kata beliau lagi.