Oleh : Rohayati Ripin dan Sazali Mohd Noor
KUALA TERENGGANU – Syukur ke hadrat Allah dan syabas kepada seluruh kontinjen Terengganu yang bawa pulang Piala SUKMA 2018.
Menteri Besar Negeri Terengganu Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, tiada lagi ucapan yang boleh berikan kepada semua yang telah berkorban dan bertungkus lumus memastikan kejayaan yang dikecapi pada hari ini.
Tambahnya, ianya adalah satu pencapaian cemerlang yang amat membnggakan.
“Kejayaan kita menjadi juara dan diiringi ratu pecut Azrin Nabila Alias yang telah dinobatkan sebagai atlet wnita terbaik 2018 yang telah pecah 100 meter dan Aishah yang telah menangi tujuh emas,


Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis meraikan para atlet SUKMA di Dataran Batu Buruk pada hari ini, Ahad, 23 September.
Katanya, kejayaan ini bukan sekadar kejayaan pemenang pingat emas sahaja tetapi seluruh atlet yang telah berusaha sepanjang tempoh SUKMA berjalan.
“Saya lihat dengan semangat yang begitu tinggi… ada yang sakit…letih dan terbaring tetapi bangun dan bangkit untuk mencipta kemenangan,
“Insya Allah negeri Terengganu berusaha seadaya mungkin supaya SUKMA 2020 sekali lagi menjadi juara,” ujarnya.


Menurut beliau, kerajaan negeri telah meluluskan intensif kepada para atlet RM3 ribu untuk pingat emas, RM2 ribu untuk perak dan RM1 ribu untuk gangsa.
Tambahnya, wanita terbaik sukan SUKMA 2018 iaitu Azrin Nabila Alias akan dihantar untuk mengerjakan umrah dan kerajaan negeri juga setuju memberi tambahan RM100 setiap ahli kontinjen.
“Bukan sahaja sukan tetapi kebajikan atlet kita mesti dijaga kerana mereka mewakili dan membawa wajah Terengganu,
“kerana apabila cemerlang … apabila juara yang turut dapat hasil adalah rakyat semua,” tambahnya.



























