Terengganu, Malaysia

Jual Aset Negara; Keputusan Kerajaan PH Lemah

Abdul hadi kuliah2

Oleh : Aziz Hambali

MARANG – Cadangan Kerajaan PH mahu menjual aset bukan teras dan bukan strategik Khazanah Nasional Berhad (KHAZANAH) termasuk Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) adalah satu keputusan pentadbiran yang lemah.

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, sebaliknya beliau menyarankan agar merombak cabinet kerajaan bagi melantik barisan kepimpinan baharu yang lebih berwibawa.

“Amat malanglah kerajaan sekarang jika menjual aset negara. Sepatutnya begitulah (rombak kabinet kerajaan PH). Saya pernah mencadangkan supaya mewujudkan kerajaan teknokrat, bukan semestinya ahli politik tetapi boleh tarik ahli teknokrat,

“Tak percaya (Dr. Mahathir hilang kepercayaan kepada barisan kabinetnya) itu satu hal. Yang penting kebolehan dan kepakaran. Baharulah tiada timbul isu sijil palsu, ijazah palsu dan sebagainya yang palsu,” ujarnya.

Jual Aset Negara; Keputusan Kerajaan PH Lemah
Dato’ Seri Tuan Guru ketika menyampaikan kuliah Dhuha semalam

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marangn berkata demikian ketika ditemui di kediamannya di Kampung Rusila selepas menyampaikan kuliah Dhuha disini, semalam.

Menurutnya, perubahan tadbir urus negara perlu ditingkat agar lebih efisien demi kesejahteraan rakyat.

“Sedangkan syarikat-syarikat bukan kerajaan pun boleh pulih. Mana mungkin syarikat dibawah kendalian kerajaan tidak boleh pulih. Dia (kerajaan pusat), dia boleh tampung ambil yang untung, bahagi pada yang rugi”,

“Ini adalah pengurusan yang lemah. melantik orang yang betul-betul amanah, bukan atas nama sahaja (AMANAH),” tegasnya.

Jual Aset Negara; Keputusan Kerajaan PH LemahJusteru beliau berkata, penjualan aset negara itu bukanlah satu jalan penyelesaian dan bukanlah suatu tindakan yang bijaksana.

“sikap begitu menandakan tiada kebijaksanaan dalam menguruskan harta negara. Kerajaan dahulu memang ada salahnya kita tidak nafi, tapi kerajaan yang ada mestilah menunjukkan dia lebih baik,” jelas beliau.

Ustaz Abdul Hadi turut mempersoalkan kemampuan kerajaan kerana gagal mencari jalan penyelesaian untuk memulihkan semula syarikat-syarikat milik kerajaan.

“Sebagai contohnya projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) lantik Tun Daim Zainuddin. Kenapa tidak lantik Menteri Kewangan (Lim Guan Eng)? kerana (mungkin) Menteri Kewangan mampu (melaksanakan projek itu),

“begitu juga hal-hal yang lain,” tambahnya.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan